Home » » Pakatan berperang sesama sendiri berebut kerusi

Pakatan berperang sesama sendiri berebut kerusi

Written By LAILANATASHA on Monday, April 15, 2013 | 10:00 AM



 
Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin goyah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) apabila lebih banyak kecelaruan dalam pemilihan calon mereka dilaporkan secara terbuka. Sedangkan sebelum ini pemimpin mereka begitu ghairah mendesak Datuk Seri Najib Razak supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya dengan menyatakan kesediaan mereka yang berada di peringkat tertinggi.

Namun begitu, jelas apabila Najib mengumumkan pembubaran Parlimen, PR dilihat bertelagah sesama sendiri merebut kerusi hinggakan berlakunya protes terbuka dalam kalangan penyokong calon yang tidak bertanding.

Pemerhati berpendapat isu ini timbul kerana parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengamalkan nepotisme dan kronisme yang kronik – tidak menghairankan kerana ketua umum Pakatan sendiri berperangai begitu.

Dipercayai terdapat lebih kurang 20 kawasan parlimen & DUN yang mana pemilihan calon membawa masalah kepada Pakatan Rakyat di Kedah, Perlis, Kelantan, Pahang, Selangor dan Pulau Pinang. 

Mengambil contoh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan parlimen di Kelantan. Daripada 45 kerusi DUN, PAS bertanding di 40 kerusi manakala 11 kerusi parlimen daripada 14 kesemuanya. Sesetengah kawasan bagaimanapun diketahui secara terbuka calon-calon mereka telah 'bergomol' sesama sendiri kerana merebut kerusi untuk ditandingi.

Proses pemilihan calon PAS kali ini nampak kelam kabut disebabkan timbul rasa tidak puas hati sehingga ada yang bertindak menutup pos atau mengancam untuk tidak bekerja sekiranya calon-calon pilihan mereka tidak diangkat sebagai calon. Paling mengerikan ada yang membuat pengakuan akan bertindak keluar parti kalau keadaan tidak diubah.

Unsur kronisme di dalam hal ini sangat jelas sehinggakan ia tidak boleh ditutup lagi hingga menyebabkan PAS menjadi seperti syarikat anak beranak - syarikat sendirian berhad dan bukan syarikat berhad. Maka itu pemilihan calon dibuat di kalangan anak beranak, waris warah dan ipar duai, biras dan besan sahaja.

Sesiapa yang berseorang diri, hatta bekerja kuat di dalam parti dan mendapat sokongan dari peringkat kawasan, cawangan akan di tinggal begitu saja bagaikan tunggul kayu kalau ia tidak ada hubungan diplomatik dengan individu yang memilih calon. Kuatlah 'setara mana' mereka tidak akan dipilih.

Keharmonian di dalam PAS selama ini ialah kerana tidak ada unsur jahat dan khianat. Ketelusan dan keikhlasan itulah menjadi teras dan spiritual kepada PAS. Ada calon-calon yang dipilih tidak pun berada dalam barisan nama yang dicadangkan oleh PAS cawangan, kawasan seperti mana ditetapkan dan menjadi amalan biasa. 

Tetapi kerana mereka adalah kroni kepada orang tertentu, tepatnya kepada ahli Dewan Harian PAS yang terdiri dari Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya I dan II, Setiausaha Badan Perhubungan maka dia diambil dan dinilai.

Waris dan sahabat handai, ipar duai, biras mereka dibasuh dan dimake-up sebaik mungkin. Di persembahkan kepada tok guru Nik Aziz sebagai barang persembahan yang indah.

Amat menyedihkan lagi adakah apabila untuk menjadi calon PAS mahupun parti komponen PR, mereka tidak perlu bekerja keras untuk parti, cukuplah pernah memegang mana-mana jawatan tinggi dalam kerajaan, kemudian seminggu sebelum penamaan calon menyertai pembangkang, sekali gus mereka akan dipilih sebagai calon.

Perkara itulah yang menyebabkan penyokong setia dan ahli PR mengamuk. Sedangkan Aisyah sendiri tidak tahu dia akan bertanding di Jempol. Jelas, calon PR di kawasan-kawasan yang terlibat dengan perkara sedemikian begitu kecewa dengan kepimpinan PR yag serkap jarang dalam memilih calon.

Tidak kurang juga bagi artis-artis yang ingin bertaubat dan memilih pembangkang sebagai "jalan untuk bertaubat", mereka secara langsung akan bertanding.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger