Home » » PEMIMPIN PAS: RAMPAS ISTERI ORANG LAGI

PEMIMPIN PAS: RAMPAS ISTERI ORANG LAGI

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 4, 2013 | 9:08 PM



Budaya berzina dengan isteri orang amat sinonim dengan parti PAS yang KONON nya begitu Islamic sedangkan mereka berselindung disebalik nama parti PAS untuk melakukan maksiat sesuka hati.

Terlalu ramai pemimpin PAS yang melakukan zina sesuka hati mereka lebih-lebih lagi apabila Nik Aziz Mursyidul Am PAS telah memberi contoh yang mana beliau berhak mengampunkan dosa penzina seperti kes zina gerabak Adun Selising dengan hanya bersembahyang hajat yang mana tindakan ini jelas ala-ala paderi gitu.

Oleh itu Ishak Bin Ismail seorang ahli Majlis Ketua Kampung (MKK),yang juga seorang pemimpin PAS setempat, telah membuat SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG yang bernama Wan Jak binti Mat. Suami Wan Jak, Baharuddin bin Abdul Rashid yang tidak dapat menahan sabar, akhirnya menumbuk muka Ishak di hadapan sebuah kedai makan yang dimiliki oleh Baharom Bahar bin Osman yang juga merupakan ahli MKK Padang Lumat.

Kejadian tersebut berlaku pada 31 Mac lalu, lebih kurang 50 meter dari Pejabat PAS Kawasan Jerai. Baharuddin sudah lama mengesyaki yang Ishak ada hati dan syok dengan isterinya, Wan Jak. Bagaimanapun, disebabkan tidak mempunyai bukti, sekalipun telah diberitahu oleh ramai orang, Baharuddin menyimpan perasaan dan menaruh dendam terhadap Ishak.

Ishak Ismail berusia 58 tahun, manakala Baharuddin pula berusia 56 tahun. Wanita yang menjadi ‘rebutan’ itu pula berusia 47 tahun. Ketiga-tiganya tinggal di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan, Kedah.

Aksi Ishak bin Ismail dengan Wan Jak, yang bekerja di kedai makan Baharom Bahar yang mesra melampau dengan isteri orang itu , telah menyebabkan Baharuddin tidak dapat menahan sabar. Maka berlaku pertengkaran kecil di hadapan kedai makan Baharom Bahar dengan Wan Jak cuba menyebelahi Ishak dan menyatakan mereka sekadar berbual-bual dan tidak melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya. Wan Jak cuba memberitahu Baharuddin bahawa dia hanya menjalankan tugas sebagai PELAYAN KEDAI MAKAN.

Namun cabaran daripada Ishak membuatkan Baharuddin tidak dapat menahan kemarahan. Muka Ishak ditinjunya menyebabkan Ishak tertungging di atas tanah. Orang ramai yang berada di kedai makan tersebut berjaya menyelamatkan Ishak daripada parah dibelasah Baharuddin yang sedang kemarahan. Kedua-duanya dileraikan. Ketika diselamatkan oleh orang ramai, Ishak menyatakan sesuatu yang Baharuddin tidak akan lepas begitu sahaja.

Oleh itu, tidak lama selepas kejadian tersebut, Ishak membuat laporan polis di Balai Polis Guar Chempedak. Insiden berkenaan turut dikaitkan dengan pertembungan antara kuasa dalam politik PAS di Jerai. Menurut sumber, Ishak merupakan penyokong kuat Phahrolrazi Zawawi manakala Baharuddin pula menyokong kuat Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Dicampur dengan perasaan cemburu dan kegatalan serta kemiangan yang ditunjukkan oleh Ishak, Baharuddin melepaskan geramnya yang sudah lama ditahan.

Jelas bahawa para pemimpin PAS tidak mampu mentadbir Negara kerana mereka terlalu sibuk mentadbir kerakusan nafsu sendiri


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger