Parti Sosialis Malaysia (PSM) begitu
marah dengan keangkuhan PKR kerana telah mungkir janji dalam pemilihan calon.
Dalam satu kenyataan akhbar 17 April
2013, PSM mendedahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap PKR yang meletakkan
calon bukan dari PSM untuk DUN Semenyih walaupun pimpinan tertinggi PKR
berjanji meletakkan calon PSM dengan syarat mereka menggunakan logo PKR.
Arul calon PSM di Semenyih begitu berang dengan Azmin dan menganggap
sebagai punca segala masalah ini berlaku. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim
sebelum ini telah berjanji akan memberikan kerusi DUN Semenyih kepada PSM
dengan syarat menggunakan logo PKR.
Tapi malangnya, setelah permintaan PKR
itu dipenuhi, Azmin telah merosakkan segalanya apabila meletakkan orangnya di
situ. Dipercayai kumpulannya adalah dalang di sebalik pertelingkahan ini kerana
beliau mahukan seorang calon Melayu bertanding melawan BN di DUN Semenyih.
Azmin memberi alasan isu perkauman. Arul yang berbangsa India dilihat tidak
layak bertanding di DUN Semenyih. Azmin mendakwa masyarakat Semenyih menolak
calon India. Alasan yang digunakan nyata tidak berasas. Pada PRU12, Arul cuma
tewas dengan majoriti seribu lebih sahaja. Bukan jumlah yang besar untuk DUN
Semenyih.
Dia bukan sahaja tidak mahu meminta maaf, bahkan telah memberi amaran
kepada PSM supaya tidak mengganggu kerusi PKR di Semenyih itu. Azmin dengan
angkuh berkata Pakatan telah mencapai persetujuan untuk membenarkan PSM
bertanding menggunakan logo PKR di kerusi DUN Sg. Siput dan Kota Damansara
sahaja.
Azmin terus menutup pintu rundingan semata-mata untuk meletakkan calon
pilihannya di situ. Dengan menjual nama Anwar, dia berkata beberapa siri
rundingan Anwar dengan pemimpin-pemimpin PSM telah dibuat dan keputusan
muktamad telah dicapai.
Bekas ahli parlimen Gombak itu juga
menggunakan alasan kesuntukan masa supaya tidak ada sebarang perubahan dibuat
oleh Anwar. Mesyuarat Pakatan yang diadakan semalam untuk membincangkan
mengenai beberapa pertindihan kerusi di antara mereka turut tidak melibatkan
PSM. PSM telah di pinggir dan dianggap pengacau oleh Azmin.
Post a Comment