Putaran waktu dirasakan begitu cepat
berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku
Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat
menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama
ini.
Ini kerana semenjak Perdana Menteri
mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus
berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu.
Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan
implementasiProgram Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus
membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara
berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar
(KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang
ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion untuk kali pertamanya
menjelang 2013. Tahun 2009, KDNK yang berada pada paras 629.9 billion telah
meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012 manakala PNK yang berada pada
paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0 billion pada tahun 2012.
Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh
syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan sejak 2009 iaitu
penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara Asean. Pelaburan yang
masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut di nilai dari segi
pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah.
Selain dari itu, kerajaan juga telah
berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada tahun 2012
berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%. Tidak
ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak
29% sejak tahun 2010.
Malah laporan ‘Menjalankan Pernigaan’ yang
dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia yang berada
pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang melonjak
sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling tinggi
pernah direkodkan.
Seterusnya keputusan kerajaan untuk membuat
penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua terbesar di dunia dengan
meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam permulaan. Ia seterusnya
diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga terbesar di dunia apabila
meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan. Akhir sekali penyenaraian
Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia telah meraih dana sejumlah 4.8
billion.
Kesimpulannya biarpun diberikan masa yang
agak singkat, ternyata usaha gigih dan kerja keras, Perdana Menteri
telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk
undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan
perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara.
Berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu rakyat, tetapi GAGAL mwngurus
tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun kerajaan negeri Selangor pimpinan
PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi namun pendekatan itu langsung
tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk
melakukan perkara yang sama.
Ini kerana mereka juga yakin dan percaya,
Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak mempunyai bakat untuk
mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan kenyatan mantan Menteri
Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar ekonomi sebelum ini yang
mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara apabila
diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.
Malah kecenderungan pemimpin ‘Anugerah
Tuhan’ itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam aktiviti
tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak
pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.
Post a Comment