Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.
Pepatah Melayu ada menyatakan 'Siapa makan cili, dia yang rasa pedas'. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
Apa yang lebih menarik, maklumat terperinci itu bukan sahaja datang dari pihak polis, malah pihak tentera juga terlibat dalam mengumpulkan segala bukti-bukti yang ada. Berdasarkan laporan tersebut, polis dan tentera akan meneliti dari segi undang-undang untuk kuatkan hujah di mahkamah. Polis, tentera dan peguam negara akan duduk bermesyuarat untuk serahkan dokumen tersebut untuk tindakan selanjutnya.
Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.
Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.
Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.
Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?
Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.
Home »
» Anwar Gelabah Dokumen 'Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu' Sudah Siap
Post a Comment