Seorang gadis yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu selepas keluar mengaji ditemu mati di dalam semak di kawasan pembuangan sampah berhampiran tanah lapang di Kampung Solok Gaung, Ayer Molek, di sini, semalam.
Mayat mangsa Aimi Hamizah Mohamad, 14, dari Taman Desa Molek ditemui sekumpulan remaja selepas bermain bola di kawasan berhampiran kira-kira jam 7 malam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintedan PR Gunarajan berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya kelmarin di Balai Polis Tiang Dua.
"Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang lengkap berbaju kurung merah jambu di atas papan lapis di kawasan pembuangan sampah kira-kira 4 kilometer dari kediamannya.
"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan kecederaan pada anggota badan dan mangsa dipercayai mati dua hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula mereput," katanya ketika ditemui di lokasi.
Katanya, bagaimanapun polis masih menunggu laporan bedah siasat yang akan dilakukan di Hospital Melaka hari ini untuk mengetahui punca kematian.
"Kami menolak kemungkinan mangsa dirompak kerana barang kemas mangsa masih ada ditubuhnya," katanya.
Menurutnya kes akan diklasifikasi selepas laporan bedah siasat dierima
Post a Comment