Home » » Gagal Kawal Keadaan Bakal Cetuskan Huru-Hara

Gagal Kawal Keadaan Bakal Cetuskan Huru-Hara

Written By LAILANATASHA on Friday, May 31, 2013 | 10:20 AM



Perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan yang bertujuan menghasut kepada keganasan merupakan cerminan terhadap penolakan keputusan pilihan raya. Apa yang pasti, setiap yang dilakukan oleh pakatan pembangkang jelas melanggar undang-undang dan mencabar ketegasan kepimpinan keselamatan dalam negara.

Namun, satu tindakan tegas yang diambil dan amaran yang diberi tidak memberikan kesedaran untuk mereka berhenti melakukan kekecohan ini. Budaya melanggar undang-undang dan mereka fahaman mereka sendiri mengundang satu kesan yang buruk buat negara yang sedang pesat membangun.
 
Walaupun mereka cuba mengatakan perhimpunan yang dilakukan adalah merupakan perhimpunan yang aman, namun secara rational ia bukanlah satu jaminan tidak akan berlaku sebarang huru-hara. Ini kerana kehadiran yang ramai akan menyebabkan pihak penganjur GAGAL mengawal suasana.
 
Lihat sahaja apa yang berlaku ketika seisi perlawanan bola sepak separuh akhir Piala FA 2013 antara pasukan Pahang menentang Johor Darul Takzim yang diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebelum ini.
 
Kegagalan pihak penganjur mengawal keadaan telah menyebabkan berlaku insiden kekecohan sehingga menyebabkan perlawanan yang diadakan itu terpaksa ditunda. Ia berpunca dari kehadiran penonton yang melebihi had yang dibenarkan serta tindakan segelintir yang bertindak agresif sehingga mencetuskan suasana tegang.
 
Sedangkan mereka yang hadir sepatutnya patuh dan hormat kepada undang-undang dengan tidak bertindak mengikut nafsu dan hati sendiri. Kesannya, ia akan menjejaskan keharmonian negara dan mengundang kepada rusuhan besar-besar jika berlakunya sedikit pertempuran yang tidak dijangka.

Budaya begini jika menular akan mewujudkan satu suasana yang tidak terkawal dan secara jelasnya akan memberikan kerugian besar kepada negara. Sebagai pakatan pembangkang yang terdiri daripada ramai golongan bijak pandai dan berilmu, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik dari sekarang.

Demonstrasi jalanan dan himpunan haram tidak akan menyelesaikan masalah malah hanya akan menambahkan lagi kekacauan dan kesusahan kepada rakyat khususnya. Kerajaan sudah menyediakan saluran-saluran yang betul bagi rakyat yang mempunyai keraguan mahupun bantahan.

Hanya perlu menghormati undang-undang dan menjalani dengan baik serta melalui saluran yang betul sahaja, dan perkara itu jauh lebih mudah dari melanggar undang-undang. Menyemai unsur negatif yang berbaur hasutan terutamanya kepada golongan muda sama seperti menyiram minyak ke dalam api.

PR harus memikirkan cara yang lebih bertamadun dan profesional bagi menangani perkara ini, iaitu melalui undang-undang. Seperti yang semua maklum, tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Dan itu adalah jalan mudah dalam menghadapi bantahan sebegini. 

Dalam negara juga wujudnya Parlimen yang membolehkan semua ahlinya membahaskan cadangan dan mengutarakan pendapat secara halal. Dan memang sudah ternyata, cara ini berjaya mendatangkan hasil tanpa mengganggu gugat keselamatan awam dan juga negara. 

Sudah tiba masanya pakatan pembangkang untuk lebih serius dalam kerja dan menghormati undang-undang yang ada termasuk institusi-institusi tertinggi dalam negara.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger