Home » » Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Dan Timbalan Menteri 2013

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Dan Timbalan Menteri 2013

Written By LAILANATASHA on Thursday, May 16, 2013 | 12:53 PM


TPM
Para menteri dan timbalan menteri yang menduduki cabinet 2013 telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi ini. Istiadat di ketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi di Istana Negara.

Istiadat angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Istiadat bermula dengan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Upacara penuh istiadat itu disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir menyaksikan istiadat tersebut.

Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula pukul 10.10 pagi sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua. Maka dengan ini lengkap sudah kabinet Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia 2013.



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger