Kerakusan Anwar mahu menjadi Perdana Menteri telah menyebabkan setiap gerak langkah beliau penuh dengan tipu muslihat. Maka Datuk Seri Najib harus berhati-hati dalam membaca dan menafsir perilaku Anwar ini. Kita harus sentiasa berwaspada dan memikirkan sedalam-dalamnya muslihat Anwar. Setiap langkah Anwar sebenarnya adalah untuk mengaburi agenda sebenar beliau. Sentiasa bertanyakan “WHAT’S NEXT” langkah Anwar seterusnya. Percaturan apa yang dirancang oleh Anwar dan “PARTNER IN CRIME” beliau.
Dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas Anwar membawa agenda “BERSIH” yang kononnya menuntut pilihanraya yang adil. Sedangkan pada masa yang sama Anwar telah merancang dengan teliti untuk menipu dalam pilihanraya umum ke 13. Anwar yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri amat tahu selok belok Suruhanjaya Pilihanraya dalam mengendalikan proses pengundian. Maka beliau telah bertindak meletakkan “orang-orangnya” sebagai petugas sementara SPR. Semasa proses pengundian berjalan maka petugas SPR yang merupakan agen pakatan haram telah bertindak berat sebelah dalam mengendalikan proses ini. Di kawasan yang majority adalah pengundi Cina maka petugas SPR yang merupakan agen DAP telah bertindak mempengaruhi pengundi. Sewaktu pengiraan undi mereka juga memanipulasikan keadaan yang menyebelahi mereka ini. Petugas SPR agen pakatan haram cuba sedaya upaya merosakkan kertas undi yang memangkah Barisan Nasional.
Post a Comment