Home » » Puasa 10 Julai Aidilfitri 8 Ogos

Puasa 10 Julai Aidilfitri 8 Ogos

Written By LAILANATASHA on Tuesday, June 25, 2013 | 9:10 PM


Umat Islam di negara ini dijangka akan mula berpuasa pada 10 Julai ini manakala Aidilfitri pula disambut pada 8 Ogos, kata Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini.

Penolong Pegawai Tadbir unit berkenaan, Ahmad Taufan Abdul Rashid memberitahu,

untuk jangkaan awal 1 Ramadan 1434H, berdasarkan hitungan pengiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Syaaban dengan fasa bulan baru (Ramadan) berlaku pada 8 Julai, bersamaan waktu Malaysia pukul 3.16 petang.

Ahmad Taufan dalam satu kenyataan kepada Utusan Online hari ini menjelaskan tarikh 29 Syaaban iaitu bersamaan hari rukyah, juga jatuh pada 8 Julai ini.

Bagi jangkaan awal Syawal 1434H pula, ia berdasarkan perkiraan falak, ijtimak atau detik pemisahan fasa bulan Ramadan dengan fasa bulan baru, Syawal berlaku pada 7 Ogos, bersamaan waktu Malaysia pukul 5.51 pagi.

Katanya, tarikh 29 Ramadan iaitu bersamaan hari rukyah (jika 10 Julai adalah 1 Ramadan) juga pada 7 Ogos.

Beliau bagaimanapun berkata, tarikh rasmi awal Ramadan dan Syawal adalah tertakluk sepenuhnya kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. - UTUSAN ONLINE


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger