Home » » Pulau Pinang Ditimpa Bala

Pulau Pinang Ditimpa Bala

Written By LAILANATASHA on Saturday, June 15, 2013 | 9:48 AM


Bumbung dan siling tercabut manakala kipas angin terpelanting keluar.
Itu yang berlaku di 13 buah rumah yang terletak di tingkat atas Blok C Flat Hamna, Sungai Dua di sini ekoran ribut dan hujan yang melanda Pulau Pinang petang kelmarin.
Keadaan tersebut menyebabkan kesemua penghuni lari bertempiaran bagi menyelamatkan diri daripada dihempap bumbung mahupun siling yang runtuh ke lantai rumah flat empat tingkat itu.
Tinjauan Kosmo! semalam mendapati hampir keseluruhan bumbung blok berkenaan diterbangkan ke rumah jiran di blok bersebelahan.
Penduduk berkata, suasana menjadi kelam-kabut sebaik sahaja bekalan elektrik terputus manakala air hujan memenuhi ruang rumah.
Seorang penduduk, Hayati Ridzwan, 50, memberitahu, kejadian itu berlaku pada pukul 7.45 malam iaitu selepas azan Maghrib berkumandang.
“Semasa kejadian, saya tinggal keseorangan. Mulut saya tidak henti-henti berdoa agar dilindungi daripada musibah.
“Angin kuat menerbangkan bumbung dan siling di ruang tamu, dapur dan bilik tidur,” katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger