Home » » Selangor Syurga GRO

Selangor Syurga GRO

Written By LAILANATASHA on Tuesday, June 4, 2013 | 3:00 PM





Polis menahan 16 wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dalam operasi di sebuah pub di Dataran Mentari, Bandar Sunway di sini malam tadi.

Dalam serbuan Ops Noda tersebut, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 54 tahun turut ditahan.

Seramai dua pegawai dan 10 anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat ( D7 ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menjalankan operasi bermula pukul 11 malam.

Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) IPK Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 15 wanita Vietnam dan seorang warga Indonesia.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger