Home » » Hina Islam Isu Anjing:Polis Tahan Maznah Yusof

Hina Islam Isu Anjing:Polis Tahan Maznah Yusof

Written By LAILANATASHA on Wednesday, July 31, 2013 | 8:21 PM

Polis hari ini menahan jurulatih anjing Maznah Mohd Yusof, yang mencuri tumpuan ramai dengan video ucapan Hari Raya Aidil Fitri bersama anjing.

Maznah mengesahkan perkara itu dan memberitahu beliau kini ditahan di Bukit Aman.

Maznah ketika dihubungi Malaysiakini dengan tenang berkata beliau telah disoal siasat oleh polis Cawangan Khas dan pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Mereka tanya niat saya memuatnaik video itu (tiga tahun lalu) dan pekara berkaitan,” katanya.

Peguam Latheefa Koya sewaktu dihubungi berkata Maznah menghubungi beliau sewaktu berada dalam kereta polis.

Katanya, Maznah juga memaklumkan bahawa beliau dibawa ke Bukit Aman dan mungkin akan ditahan selama 24 jam. – Malaysiakini.com



Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
July 31, 2013 at 8:33 PM

Ada aku terkejut sekiranya pembangkang pun terlibat sekali? Bukan calang orang, Latheefa tu... boleh call dlm kereta polis lagi...

Anonymous
August 3, 2013 at 10:20 PM

Agak2 la nak tunjuk kita ni berperi kemanusiaan terhadap semua makhluk allah. Kita ada akal, so gunakan dgn sebaiknya sebelum melulu muatturun video.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger