Home » » Mesir : Arab Spring 16 Maut Di Universiti Kaherah

Mesir : Arab Spring 16 Maut Di Universiti Kaherah

Written By LAILANATASHA on Wednesday, July 3, 2013 | 1:15 PM

Demonstrasi: 16 Maut Di Universiti Kaherah

Jumlah kematian akibat demonstrasi yang berlaku berdekatan dengan Univesiti Kaherah dilaporkan telah meningkat kepada 16 orang selain 200 yang lain mengalami kecederaan.
Perkara itu telah disahkan oleh jurucakap Kementerian Kesihatan negara tersebut.
Selain itu, sumber dari pihak keselamatan berkata, penunjuk perasaan pro-Morsi mula bertindak ganas terhadap pasukan keselamatan sementara saksi yang berada di tempat kejadian menyatakan mereka terdengar beberapa bunyi das tembakan yang dilepaskan oleh kumpulan tersebut.
Menurut laporan AFP, demonstrasi yang bertujuan untuk menuntut Presiden Dr. Mohamed Morsi supaya meletak jawatan serta mahu pilihanraya umum dijalankan lebih awal mula bertukar ganas sejak Jumaat lalu di Kaherah apabila penunjuk perasaan mula bertindak menyerang pihak polis.
Demonstrasi tersebut dijalankan berdekatan dengan Dataran Tahrir, kawasan dimana jenis demonstrasi yang sama digunapakai untuk menjatuhkan Presiden Hosni Mubarak pada Febuari 2011 oleh pihak pembangkang.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger