Home » » Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian RM300,000

Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian RM300,000

Written By LAILANATASHA on Tuesday, July 30, 2013 | 3:24 PM

Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dipercayai mempunyai kaitan dengan tuntutan wang berjumlah RM300,000 antara pihak beliau dengan sebuah tokong Cina di Kuala Lumpur.

Mangsa telah bertemu dengan seorang lelaki bergelar datuk berhubung pembelian saham harta kuil Cina yakni sebuah kedai 3 tingkat di Jalan Berangan.

“Pertemuan antara mangsa dengan isterinya bersama datuk ….. mengambil masa lebih kurang 20 minit dan datuk berkenaan telah keluar meninggalkan kawasan kuil selepas itu.

“Mangsa dan isteri bagaimanapun duduk berbincang lanjut dengan penjaga kuil,” katanya.

Tambah beliau, selepas beberapa minit selepas mangsa dan isteri berjalan menuju ke kawasan meletak kereta berhampiran kuil itu apabila seorang suspek lelaki dari
arah belakang melepaskan tembakan rambang kepada kedua-dua mangsa.

Dipercayai 3 lelaki Cina berumur antara umur 35  ke 40 tahun yang menunggu di luar kuil ketika Hussain bertemu lelaki bergelar datuk berkenaan menjadi suspek utama kejadian.

Senjata yang digunakan dipercayai jenis 9mm Luger

Hussain disahkan mati di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala isterinya dihantar ke Hospital Tung Shin di sini untuk rawatan.

Khairi berkata siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki berumur lingkungan 35 hingga 40 tahun telah menunggu mangsa di luar tokong semasa mangsa sedang berbincang.

“Suspek meloloskan diri menggunakan teksi. Punca sebenar belum diketahui tetapi dipercayai mempunyai kaitan dengan perniagaan,” katanya.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger