Home » » Sandiwara PAS Tutup Kilang Arak Lepas Pecat Hasan Ali

Sandiwara PAS Tutup Kilang Arak Lepas Pecat Hasan Ali

Written By LAILANATASHA on Thursday, July 4, 2013 | 6:19 PM


Pemuda PAS menyarankan kerajaan Selangor supaya menutup kilang arak Carlsberg di Shah Alam bagi meraikan umat Islam negara ini.

Ketua Pemuda PAS Gombak, Syarhan Humaizi Abd. Halim berkata, perkara itu wajar dikaji kerana kilang arak itu merupakan yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara.

“Amat baik sekali jika kilang arak Carlsberg di Shah Alam dikaji semula dan seboleh-bolehnya ditutup bagi meraikan umat Islam Malaysia.

“Pemimpin bukan Islam mula faham tentang bahaya arak walaupun dalam masa sama ada pemimpin Islam yang buat-buat tidak faham mengenainya,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Beliau membuat kenyataan itu sebagai mengulas cadangan larangan minuman keras di tempat awam di Selangor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr. Xavier Jayakumar.

Seterusnya baca di sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger