Home » » Sidang Dun Selangor : Rumah Tanah Mendap, Nilai Pampasan Tidak Adil !

Sidang Dun Selangor : Rumah Tanah Mendap, Nilai Pampasan Tidak Adil !

Written By LAILANATASHA on Thursday, July 4, 2013 | 9:11 AM




Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias meminta Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyelesaikan masalah tanah mendap yang dihadapi oleh 48 pemilik rumah teres dua tingkat di Seksyen 7 di sini.

Beliau mendakwa masalah itu berlarutan sejak 2005 dan para pemilik berdepan kerugian besar selain bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau difahamkan PKNS menawarkan pembelian balik 48 rumah yang terletak di Jalan Plumbum 7/101A dan 7/101B di Seksyen 7 itu di antara RM400,000 hingga RM450,000 seunit sebagai langkah penyelesaian pada minggu lepas.

"Justeru, saya berharap PKNS menilai semula pampasan sewajarnya untuk penduduk kerana hasil penilaian swasta harga rumah di kawasan itu ialah sekitar RM700,000 sebuah
seterusnya baca di sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger