Home » » Geng 04 dan Geng 08 paling bahaya dan aktif

Geng 04 dan Geng 08 paling bahaya dan aktif

Written By LAILANATASHA on Thursday, August 29, 2013 | 6:52 PM



Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, Geng 04 yang mempunyai 5,440 ahli di Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur aktif dalam aktiviti pengedaran dadah, tarik kereta, jaga tempat meletak kereta, bouncer (penjaga kelab malam), pungut wang perlindungan dan melakukan jenayah menggunakan senjata api serta senjata tajam.

"Manakala Geng 08 ditubuhkan sejak tahun 1970-an mempunyai ahli seramai 4,423 aktif di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Johor, Negeri Sembilan serta Melaka dan melakukan aktiviti yang sama," katanya dalam sidang akhbar semasa mengumumkan senarai nama 49 kumpulan kongsi gelap di negara ini di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, kongsi gelap tersebut juga melakukan aktiviti yang mudah untuk memperolehi dana seperti perjudian, maksiat dan pelacuran.

Abdul Rahim juga mendedahkan dua kumpulan kongsi gelap yang didalangi kaum Melayu adalah pecahan daripada persatuan Pekida Malaysia iaitu Double 7 ditubuhkan sejak November 2005 yang aktif di 28 kawasan seluruh Semenanjung dan mempunyai 1,053 ahli. - Bernama

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger