Home »
» Guan Eng Harus Letak Jawatan
Guan Eng Harus Letak Jawatan
Written By LAILANATASHA on Saturday, August 3, 2013 | 3:11 PM
Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mendesak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk meletak jawatan berikutan krisis politik dalaman parti itu.
Presidennya, Rahmad Isahak berkata Lim sepatutnya mengundur diri kerana gagal melaksanakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) secara adil, jujur dan telus.
“Tanpa ragu-ragu, Lim adalah liabiliti kepada parti. Polisi CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) perlu bermula dari dalam parti.
“Jika anda tidak melaksanakan CAT di dalam parti anda sendiri, bagaimana anda mahu ia dilaksanakan di dalam kerajaan negeri.
“Lim sepatutnya berbudi-bahasa dan adil kepada semua ahli DAP dengan meletak jawatan sebagai setiausaha agung parti itu,” kata Rahmad pada sidang media di Hotel Traders, Pulau Pinang pada Sabtu. – mStar Online
Post a Comment