Home »
» Hina Islam : Ketupat Lemang Kepala Babi
Hina Islam : Ketupat Lemang Kepala Babi
Written By LAILANATASHA on Saturday, August 10, 2013 | 9:53 PM
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Labis membuat satu laporan di Balai Polis Labis, semalam, berhubung sekeping gambar hidangan ketupat dan lemang bersama kepala babi dengan ucapan ‘Selamat hari raya untuk semua nikmatilah head roast pork with ketupat’ yang dimuat naik di laman sosial Facebook menggunakan nama Alan Tang, kelmarin.
Ketuanya Mansur Birat berkata, tindakan biadab itu satu penghinaan kepada umat Islam yang meraikan Aidilfitri dan menggesa pihak bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak itu.
“Kami menerima gambar itu pada jam 7.30 malam semalam dan selepas meneliti gambar berkenaan, kami dapati ia perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku dan ternyata menghina umat Islam negara ini yang sibuk merayakan Aidilfitri.
“Seluruh ahli pemuda UMNO Bahagian Labis mengutuk perbuatan yang boleh mencetuskan suasana tegang dan berharap siasatan dapat dilakukan segera,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Labis, di sini, semalam.
Seramai 15 ahli pemuda UMNO Labis menyertainya membuat laporan polis pada jam 9.45 pagi itu dan menuntut siasatan dijalankan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Katanya, umat Islam di negara ini tidak pernah bertindak melampau dengan mempersendakan mana-mana agama, tetapi tindakan sesetengah pihak yang sengaja mempersendakan Islam seolah-olah sengaja mengundang kemarahan umat Islam.
“Ia adalah kali ketiga kesucian Islam dipersendakan di Internet dalam masa terdekat selepas pasangan Alvin dan Vivian memuat naik hidangan sup tulang babi dan Maznah Yusuf yang mengucapkan hari raya bersama anjingnya, baru-baru ini,” katanya.
Menurutnya, penduduk juga hairan mengapa kepemimpinan PAS yang selama ini giat memperjuangkan Islam hanya mengambil sikap membisu apabila banyak pihak mula menghina Islam. – HARIAN METRO
Post a Comment