Home » » Kes Letupan Bunuh Kerani Sekolah : Anggota Tentera Direman 7 Hari

Kes Letupan Bunuh Kerani Sekolah : Anggota Tentera Direman 7 Hari

Written By LAILANATASHA on Wednesday, August 14, 2013 | 4:46 PM



Seorang anggota tentera berusia 29 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu, bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan yang membunuh seorang kerani sekolah di Taman Seri Periuk, Kampung Periuk, Tumpat pada Ahad lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, suspek ditahan bagi membantu siasatan kes letupan itu yang membunuh kerani Sekolah Rendah Kebangsaan Manek Urai, Kuala Krai, Mohd Yusrizal Mat Zain, 32.

“Suspek ditahan di Tumpat pada pukul 5 petang semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Mohd Yusrizal maut terkena letupan ketika mengambil bungkusan ditinggalkan di atas bumbung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mertuanya di Taman Seri Periuk itu.

Mazlan berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis sebelum ini telah mengambil sampel daripada saki-baki bahan letupan itu dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dikenal pasti bahan letupan yang digunakan.

Berikutan itu, polis Kelantan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat secara menyeluruh kes berkenaan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan jenis bahanletupan. – BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger