Home » » Sengaja Lepaskan Tahanan Nigeria : Koperal Mengaku Tidak Bersalah

Sengaja Lepaskan Tahanan Nigeria : Koperal Mengaku Tidak Bersalah

Written By LAILANATASHA on Friday, August 16, 2013 | 3:20 PM



Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan dengan sengaja melepaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, Isnin lalu.

Kpl M. Eamulai, 52, didakwa melepaskan Osuji Kelly Prince, 25, yang ditahan atas kesalahan dadah di Lokap Berpusat Jinjang, di sini, antara 9.30 pagi dan 10.46 pagi, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 225 (C) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Suzanne Tiyon Bimen tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kes tersebut adalah serius kerana tertuduh melepaskan tahanan yang berhadapan kes dadah yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Katanya, alasan yang dikemukakan peguam G. Ganeson mengenai penyakit yang dihidapi anak guamnya iaitu sakit tulang belakang akibat kemalangan dan kencing manis tidak disokong oleh dokumen sah atau bukti di mahkamah.

Bagaimanapun, Suzanne berkata, beliau menyerahkan kepada budi bicara mahkamah.

Hakim Dazuki Ali tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 29 Ogos untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger