Home » » Siti Dan Bekas Isteri Datuk K Berbaik

Siti Dan Bekas Isteri Datuk K Berbaik

Written By LAILANATASHA on Sunday, August 11, 2013 | 11:07 AM



Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza mengakui beliau sudah lama berbaik dengan bekas isteri suaminya, Datin Tengku Zawiyah Tengku Izham.

Sehubungan itu, katanya, kemunculan gambar beliau bersama Tengku Zawiyah dan anak tirinya, Asyraf di laman sosial Instagram tidak perlu disensasikan.



“Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah).




“Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Berjalan lancar

Mengulas pertemuan itu, Siti berkata, semuanya berjalan dengan lancar dan mereka bersembang seperti biasa.

“Bersempena hari baik bulan baik ini, adalah lebih baik mengeratkan lagi tali silaturahim yang sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Asyraf ketika diminta mengulas mengenai gambar itu, berkata beliau berharap dengan tersiarnya gambar itu, segala persepsi negatif terhadap hubungan Siti dan ibunya dapat dihapuskan.

“Saya teruja sebab itu gambar pertama mama dan Mak Iti. Sebenarnya saya sengaja letak gambar itu sebab kadang-kadang tengok masih ada lagi orang yang bersangka buruk terhadap hubungan keduanya padahal mereka aman damai saja,” katanya.

Gambar yang hangat diperkatakan itu menyaksikan Asyraf berdiri di tengah-tengah sambil diapit ibunya dan Siti dalam keadaan yang cukup mesra.-Bharian
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger