Polis mengenakan tindakan tegas di bawah Akta Hasutan terhadap A. Samad serta dua lagi aktivis propembangkang iaitu Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim yang turut melakukan perbuatan serupa.
Tindakan tegas perlu dikenakan bagi memastikan perbuatan biadab mencemari sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-56 selain mengibar bendera yang dinamakan 'Sang Saka Malaya' tidak berulang.
A. Samad Said turut menghina diri sendiri, beliau berkata, sudah tiba masa bagi kerajaan menarik balik anugerah tersebut memandangkan A. Samad tidak lagi menghargai pengiktirafan dan penghormatan besar negara terhadapnya.
Beliau sering menghasilkan karya menerusi sajak-sajaknya sebelum ini yang banyak berkisar tentang perjuangan dan erti kemerdekaan tetapi pada waktu yang sama, tokoh itu sendiri bertindak mencemarkan sambutan kemerdekaan dengan perbuatan yang sungguh keterlaluan.
"Jadi, kerajaan perlu tarik balik segera anugerah tertinggi itu (Sasterawan Negara) kerana dia tidak lagi menghormati erti kemerdekaan serta pengorbanan para pejuang terdahulu, seolah-olah dia tidak menggambarkan apa yang ditulis dalam sajaknya.
"Lagi pun, dia buat macam ini bukan kali pertama malah dah banyak kali dia buat (menentang kerajaan). Biarpun bagi A. Samad anguerah itu mungkin tidak bermakna tetapi itulah yang mengangkat dirinya selama ini," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.
Tindakan biadab sekumpulan propembangkang mengibar bendera Sang Saka Malaya sekali gus mencemarkan sambutan Malam Ambang Merdeka menjelang Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka.
Post a Comment