Home » » PRK Sg Limau : Selepas Pemilihan UMNO 19 Oktober

PRK Sg Limau : Selepas Pemilihan UMNO 19 Oktober

Written By LAILANATASHA on Friday, September 27, 2013 | 1:28 PM






Suruhanjya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan selepas pemilihan UMNO 19 Oktober nanti.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menunggu notis kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak kelmarin.

"Saya merasakan notis pengosongan DUN Sungai Limau itu akan diserahkan oleh Speaker DUN Kedah, Datuk Md. Rozai Shafian dalam masa terdekat dan selepas itu SPR akan bermesyuarat untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil nanti," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kekosongan kerusi DUN Sungai Limau berikutan kematian Azizan yang juga bekas Menteri Besar Kedah akibat komplikasi dari penyakit yang dihadapinya sejak empat bulan lalu.

Azizan yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hoapital Sultanah Bahiyah Alor Setar meninggal dua balu selain 14 anak dan enam cucu.

Wan Ahmad berkata, SPR sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil ini cuma menanti keputusan ahli-ahli yang akan bermesyuarat tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger