Home » » Rogol Berkumpulan : 4 Lelaki Berdepan Hukuman Gantung

Rogol Berkumpulan : 4 Lelaki Berdepan Hukuman Gantung

Written By LAILANATASHA on Tuesday, September 10, 2013 | 9:34 PM


NEW DELHI - Sebuah mahkamah di sini telah mensabitkan empat lelaki yang terlibat dalam kes rogol berkumpulan ke atas seorang pelajar perubatan wanita Disember tahun lalu dalam sebuah bas di India dengan dakwaan rogol dan menyebabkan kematian. Kesemua mereka berdepan hukuman gantung sampai mati.

Kejadian tersebut juga telah mengundang kemarahan rakyat India dan seluruh dunia sekali gus membawa kepada pengenalan undang-undang baharu bagi menangani jenayah seks endemik.

Menurut Hakim Yogesh Khanna, kempat-empat tertuduh itu kini menghadapi hukuman mati atas kesalahan tersebut dan beliau menyatakan perbicaraan untuk menjatuhkan hukuman itu akan diadakan pada Rabu ini.

“Saya mensabitkan kesemua lelaki yang tertuduh itu dan mereka juga telah didapati bersalah dalam kes rogol berkumpulan, kesalahan luar biasa, menghapuskan bukti serta membunuh mangsa yang tidak bersalah itu,” katanya.

Kesemua lelaki tersebut iaitu Mukesh Singh, Akshay Thakur, Pawan Gupta dan Vinay Sharma mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu termasuk kes pembunuhan, rogol berkumpulan dan mencuri.

Wajah kesemua lelaki tersebut yang telah dipamerkan buat pertama kali untuk tatapan umum hari ini merupakan warga pendatang yang tinggal di kawasan setinggan sekitar selatan Delhi.

Ibu bapa kepada mangsa rogol itu kelihatan menangis setelah keputusan itu diumumkan. Mereka hanya menganggap kes itu selesai sekiranya keempat-empat lelaki itu dihukum mati.

Anak perempuan mereka yang berusia 23 tahun itu tidak didedahkan namanya atas sebab undang-undang. Mangsa telah meninggal dunia pada 29 Disember 2012 di sebuah hospital di Singapura semasa menjalani rawatan akibat kecederaan teruk.

Dalam kejadian itu, rakan lelaki mangsa telah dipukul kumpulan perogol itu sebelum menyerang mangsa secara seksual dalam bas selama 45 minit sebelum mencampak pasangan tersebut keluar dari bas yang sedang bergerak dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, peguam kepada tiga tertuduh itu memberitahu bahawa pihaknya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu. - AFP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger