Kini Ketua Wanita Umno Bahagian Kota Marudu adalah Redonah Bahanda yang berjaya menewaskan Tina Majawan, penyandang sejak 30 tahun lalu.
Menariknya suami kepada Redonah Bahanda adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matuggong, Jailani Hamdan yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jailani Hamdan sebelum menyertai PKR merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Marudu.
Redonah Bahanda tetap menang Ketua Wanita Umno Bahagian walaupun isu suaminya seorang ADUN PKR dimainkan semasa pemilihan baru-baru ini.
Post a Comment