Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar ini memihak kepada parti berkenaan.
FAKTA
Gambar ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar.
Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar).
Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.
AUTA
Gambar berkenaan diubah suai menggunakan teknik superimpose kononnya calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat (berkopiah) bersama Mohd Idros bertemu Azizan.
Tinjauan wartawan Sinar Harian mendapati risalah mengandungi gambar yang dimanipulasikan itu turut diedarkan secara percuma di pekarangan pintu masuk Markas Induk Pas Kawasan Jerai semalam.
Sehubungan itu, Ketua Pengarang Sinar Harian membuat penafian dan penjelasan bahawa akhbar ini tidak ada kena mengena dengan risalah berkenaan.
DALAM pada itu, Pas hari ini menyalahkan pereka grafik yang mengubahsuai (superimpose) gambar calonnya bertemu dengan almarhum Azizan di pejabat beliau seperti dimuatkan dalam risalah kempen mereka sebelum ini.
Menurut anggota Dewan Undangan Negeri Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, pihaknya tidak ada niat untuk “mengada-adakan sesuatu yang tidak ada” dan akan menyiasat perkara itu dengan pereka grafik yang mereka risalah itu.”Saya akan siasat dan kita bertanggungjawab untuk memperbetulkan perkara ini,” katanya yang bertindak sebagai pengarah operasi PAS untuk pilihan raya kecil Sungai Limau.
Tambahnya lagi, PAS sendiri sebenarnya ada banyak gambar calon mereka bersama Azizan dan tidak perlu berbuat demikian untuk mengelirukan penduduk Sungai Limau.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian PAS di pusat operasi mereka pagi tadi.
Tindakan pertindihan gambar (superimpose) itu didedahkan akhbarSinar Harian hari ini.
Gambar asal memaparkan Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhammad Mat Yakim bersama Ketua Biro Utara, Mohd Idros Mohd Ali bertemu Azizan di pejabatnya pada 25 Mei 2011.
Namun, gambar Muhamad Mat Yakim diganti dengan gambar calon PAS Mohd Azam Abd Samat. Baca seterusnya di SINI
Post a Comment