Polis menahan seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki mendera anak tirinya dengan melumurkan cili padi pada kemaluan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun itu di rumah mereka di Bandar Taman Tasik Kasuma, Semenyih, dekat sini, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata wanita itu ditahanpada kira-kira 4 petang di rumahnya selepas mangsa mengadu kepada ibusaudaranya mengenai perkara itu.
Ibu saudara mangsa yang tinggal berdekatan rumah mangsa, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kajang.
"Selain itu, terdapat beberapa kesan parut pada tubuh mangsa, yangdipercayai didera oleh suspek menggunakan sudu panas, sejak tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini.
Mangsa yang dalam keadaan trauma, kini dirawat di Hospital Kajang manakala suspek ditahan reman untuk membantu siasatan.
Polis masih belum menemui bapa kandung mangsa untuk membantu siasatan.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA
Post a Comment