Home » » Linda Onn Kongsi Foto Suaminya Ungku Azhar

Linda Onn Kongsi Foto Suaminya Ungku Azhar

Written By LAILANATASHA on Saturday, January 11, 2014 | 5:33 PM








PENYAMPAI radio Sinar FM dan juga Pengacara popular, Linda Onn, 36, akhirnya berkongsi sekeping foto yang amat dinantikan oleh peminatnya iaitu wajah suaminya, Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan, berusia 40 an.

Linda Onn Kongsi Foto Suaminya Ungku Azhar

Sekeping foto di majlis pernikahan mereka dimuat naik di laman sosial Instagram milik Linda Onn, berserta dengan status tertera seperti di bawah ini :

"Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi.Thank u hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love u like a love song..muahhh!!"


Pada 27 Disember 2013, Linda Onn dan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan selepas solat Asar di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.

Difahamkan majlis pernikahan pasangan mempelai ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger