Home » » Nedim Nafi Bakal Suami Nora Danish

Nedim Nafi Bakal Suami Nora Danish

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 9, 2014 | 3:44 PM


Nora Danish- Nedim Tak Suka Pukul Canang


Lelaki yang didakwa sebagai kekasih kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri menafikan khabar angin yang timbul mengatakan dia bakal melamar pelakon comel itu dan akan berkahwin pada tahun ini.

“Apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya. Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Nedim juga menyatakan setakat ini tiada sebarang perbincangan soal bernikah atau kahwin antara mereka memandangkan kedua-duanya mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.

Selain itu, jejaka yang merupakan pegawai khas kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz itu juga menyatakan, “biasanya kalau memberikan kenyataan kami bercinta atau mahu berkahwin, jika tiada jodoh umum cepat menjatuh hukum dan memberikan pandangan negatif. Saya tidak kisah sekiranya orang bercakap pasal saya. Saya biasa dengan perkara seperti itu, tetapi saya rasa tidak bagus sekiranya ia memberikan kesan buruk kepada Nora. Saya tidak boleh terima perkara seperti itu.

Hubungan mereka mula rapat sejak pertengahan tahun lalu di mana kedua-duanya tinggal berdekatan dan Nora juga sering kali meluangkan masa bersama Nedim sekiranya dirinya tidak terikat dengan aktiviti seni seperti yang sering kali dipaparkan menerusi laman Instagram aktres comel itu.

Malah kedua-dua mereka juga sangat rapat dengan anak pasangan masing-masing iaitu Rayqal, anak Nora dan juga Dre Dre, anak Nedim hasil perkahwinannya dulu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger