Home » » Sultan Selangor Terus Dihina DAP?

Sultan Selangor Terus Dihina DAP?

Written By LAILANATASHA on Saturday, January 4, 2014 | 4:00 PM





Sikap DAP yang melampaui batas bila menyentuh isu Kalimah Allah amat mengecewakan. Kedudukan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam telah dicemari DAP sekali lagi. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengarahkan supaya penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu dihentikan serta merta.



Mahkamah Rayuan telah memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald. Namun begitu Paderi Lawrence yang merupakan pengarang Herald-The Catholic Weekly dalam kenyataannya di laman sebuah portal pada 27 Disember lalu menyatakan pihaknya akan tetap menggunakan kalimah ALLAH di semua gereja di Selangor.



Tujuan Sultan Selangor bertitah hentikan penggunaan kalimah Allah di dalam `Bible’ dan penerbitan ‘The Herald’ versi Bahasa Melayu adalah untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan umat Islam di Selangor khususnya dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain. Rakyat Selangor diminta supaya menghormati dan mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor serta undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah.



Kalimah Allah bagi umat Islam adalah merujuk kepada Tuhan Yang Satu (Esa) seperti yang terdapat di dalam Surah Al-Ikhlas. Namun golongan pengampu PAS yang melacurkan Islam sanggup menggadaikan Kalimah Allah yang mempunyai maksud tersirat untuk digunakan secara berleluasa oleh Kristian Laknatullah murtadkan umat Islam.



Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 Nov lepas, telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat negeri itu tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam. Ia seperti yang diperuntukkan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.



DAP telah bertindak mencabar Sultan Selangor dan menghina mahkamah. The Malaysian Insider memetik kenyataan bersama Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) Rajiv Rishyakaran (DAP-Bukit Gasing ) dan Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) bahawa mereka akan mengemukakan cadangan pindaan itu dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) akan datang dengan memastikan umat Islam terjamin daripada sebarang usaha untuk dipengaruhi oleh agama bukan Islam.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger