Home »
» KELANTAN PUSAT JUDI
KELANTAN PUSAT JUDI
Written By LAILANATASHA on Monday, February 14, 2011 | 8:26 PM
Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) seolah-olah menutup sebelah mata kerana tiket loteri tersebut boleh dibeli dengan mudah di beberapa kedai buku dan alat tulis di sekitar bandar ini.
Begitu juga dengan empat nombor ekor, kaki judi boleh membelinya dengan mudah di kedai-kedai kopi dan ia sudah menjadi rahsia umum sejak 20 tahun lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sebuah kedai buku di sini baru-baru ini mendapati pemiliknya yang hanya dikenali sebagai Gan tidak banyak bersoal-jawab ketika ditanya mengenai tiket loteri tersebut.
Gan berkata, dia telah menjual tiket loteri tersebut sejak puluhan tahun lalu dan tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa walaupun mengetahui ia melanggar peraturan.
“Jangan bimbang, tidak kena tangkap di sini, saya sudah lama jual loteri. MPKB-BRI tidak pernah datang sini buat pemeriksaan, nama saja undang-undang tapi tidak ada apa-apa.
“Ramai orang datang beli sini, Melayu pun ada, tidak jadi masalah kalau nak beli tiket loteri di sini,” katanya kepada wartawan yang berlagak seolah-olah mahu membeli loteri berkenaan. Sementara itu, tinjauan di sebuah kedai kopi mendapati kaki judi hanya menulis nombor di atas secebis kertas dan diberikan kepada peniaga atau pelayan bersama wang untuk membeli tiket judi empat nombor ekor.
Bagaimanapun, transaksi judi empat nombor ekor di kedai kopi itu agak sukar dikesan kerana ia hanya ditulis di atas cebisan kertas dan berasaskan prinsip saling mempercayai antara kaki judi dan pengendalinya.” Utusan Malaysia 11 Februari 2011
Post a Comment