Home » » AZIZAH TAHU ANWAR PELIWAT JUBUR & ADA NAFSU BUAS SEKS

AZIZAH TAHU ANWAR PELIWAT JUBUR & ADA NAFSU BUAS SEKS

Written By LAILANATASHA on Sunday, April 10, 2011 | 4:27 PM



Ezam : Wan Azizah Tahu Sisi Gelap Anwar
Senator Ezam Mohd Nor mengesahkan bahawa Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengetahui kegiatan sisi gelap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi sengaja menutup mulut supaya tidak diketahui umum.
Kenyataan itu dinyatakan oleh Ezam ketika diwawancara ChannelOne1TV ketika bertanyakan petikan buku “Malaysia Without Malay”, SH Alattas, JB News Media Network, 2009 yang menyentuh berkenaan perkara tersebut.
Dalam bab ” What Wan Azizah Told Ezam ..?”, buku itu, SH Alattas bertanyakan Ezam, benarkah dakwaan yang mengatakan beliau telah diarahkan Azizah untuk menyiasat aktiviti Anwar di rumahnya semasa ketiadaan isterinya itu.
Al Attas : “ada seseorang beritahu saya yang Wan Azizah pernah telefon anda dari Washington DC untuk pergi ‘siasat’ Anwar. Masa tu ada seorang lelaki dalam rumahnya, see if Anwar is up to something, adakah itu benar..?’
Ezam : “Jawapan saya kepada soalan ini nanti boleh membuka aib seseorang. Saya tak akan berbuat begitu melainkan saya dicabar sehingga menggugat maruah saya dan sudah tentu saya akan pertahankan maruah saya ini. Apabila tiba waktu saya memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah, saya akan jawab semua soalan termasuklah soalan anda tadi..
Seterusnya, ChannelOne1TV telah bertanyakan Ezam sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut.
“Iya, benar. Itulah sebenarnya menjadi titik-tolak saya untuk berfikir semula, siapa sebenarnya Anwar. Selama ini, saya memang menolak segala bentuk cerita atau teori yang membabitkan persoalan akhlak beliau, khususnya membabitkan lelaki.
“Peristiwa seperti itu berlaku yang membabitkan isterinya sendiri yang secara langsung menelefon saya. Tentang persoalan itu, ianya sebenarnya membuka mata saya”, kata Ezam.
Arahan Azizah Pastikan Tiada Lelaki Bermalam Di Rumahnya
Menurut kolumnis AIDC, Cyber1Trooper [klik di sini], kejadian yang dimaksudkan Ezam itu berlaku sekitar tahun 2006, ketika itu, Ezam masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda PKR yang parti itu dipimpin oleh Wan Azizah sendiri.
Manakala Anwar pula ketika itu berhijrah ke Amerika Syarikat menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown. Anwar juga turut menghantar anak-anaknya menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.
Sekitar awal tahun 2006, berlaku ‘pertembungan’ penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.
Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malam, diadakan satu mesyuarat exco Angkatan Muda PKR yang diketuai Ezam bersama Anwar di rumah kediaman peribadi Ketua Umum PKR itu di Bukit Damansara.
Sebelum dan semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam memeriksa aktiviti Anwar sepanjang malam tersebut.
Ezam juga turut mendapat arahan Wan Azizah supaya memastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam menemani Anwar di rumahnya semasa ketiadaanya.
Lelaki yang dimaksudkan Wan Azizah adalah bernama Rasid, bekas banduan yang diambil bekerja di rumah kediaman peribadi Anwar selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004.
Difahamkan Rasid merupakan rakan banduan yang menemani Anwar ketika mereka sama-sama dipenjarakan di Sungai Buloh.
Wan Azizah, semasa ketiadaan Anwar, kerana suaminya berhijrah ke Amerika Syarikat, telah menghalau Rasid dari rumahnya dan turut memberi kata dua kepada lelaki itu agar jangan menjejaki kaki ke rumahnya itu.
Ketika dalam mesyuarat bersama Anwar itu, Ezam terkejut apabila melihat kelibat lelaki yang pernah dihalau oleh Wan Azizah muncul dari dapur dengan membawa minuman untuk ahli mesyuarat.
Bermakna, telahan Wan Azizah benar, beliau mengetahui ada seseorang lelaki yang akan menginap di rumahnya menemani Anwar semasa ketiadaannya.
Namun Ezam tidak dapat melaksanakan arahan Wan Azizah supaya menghalau lelaki itu bermalam di rumahnya kerana yang menjemput lelaki itu menginap di situ adalah suaminya sendiri.
Kenyataan Cyber1Trooper turut disokong oleh x-pkr, seorang inner circle yang amat rapat dengan Anwar dan Azizah. Klik di sini
Tindakan Azizah Buka Mata Ezam
Kata Ezam selesai bermesyuarat beliau pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Wan Azizah mencurigai Rasid, kenapa Azizah halau Rasid dari rumahnya dan kenapa Anwar mengajak Rasid menemaninya ketika ketiadaan Azizah.
“Daripada tarikh itulah, saya berfikir semula, saya mencari kebenaran. Saya mengambil masa 6 bulan sebenarnya.
“Bukan mudah untuk saya tinggalkan Anwar. Saya telah lakukan hampir segala-galanya yang boleh dilakukan oleh manusia biasa untuk berkorban, berjuang dan membela bos saya, Anwar. Bukan mudah untuk saya tinggalkan beliau.
“Tentunya ada satu perkara yang cukup besar. Dan memang cukup besar yang bukan membabitkan soal politik lagi tapi membabitkan persoalan akidah saya kepada Allah subhanawataala.
“Dan sebab itulah, saya membuat keputusan untuk meninggalkan beliau”, kata Ezam lagi
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
February 23, 2015 at 9:39 PM

Masihkah kau ingat. ..6 kotak rahsia..tun sangat takut pd anwar yg simpan 6 kotak rahsia ini... Cite skt ezam..

Anonymous
February 24, 2015 at 11:27 AM

Rahsia mat sabu.. Rahsia mustafa ali. .Ada kat si peliwat sbb tu dua ekoq nie dok diam x
berani komen lg. Dulu 1994/95 mat sabu kata pak sheikh al juburi hari ni dia kata
perdana menteri. ..Boleh pakai ka...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger