Home » » KESIAN AZIZAH TERPAKSA BERKONGSI ANWAR DGN PONDAN, PELACUR DAN ORG YG DILIWAT SECARA PAKSA

KESIAN AZIZAH TERPAKSA BERKONGSI ANWAR DGN PONDAN, PELACUR DAN ORG YG DILIWAT SECARA PAKSA

Written By LAILANATASHA on Sunday, April 10, 2011 | 5:02 PM



Blogger x-pkr yang rapat dengan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedikasikan 15 catatan khusus berkenaan perwatakan dan keperibadian Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan” ulas x-pkr dalam catatan Nona Anwar, Wan Azizah. Klik di sini dan di sini
Menurutnya, perkahwinan Wan Azizah dengan Anwar penuh berliku. Tertawan dengan pesona Anwar yang dulunya mempamerkan diri sebagai pendakwah, terpaksa menentang keputusan bapanya, Datuk Dr. Wan Ismail yang menentang keras perkahwinan tersebut.
Anwar tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isterinya yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugasan sebagai penda’wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di rumah.
Difahamkan ketika Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah) pernah Anwar menurunkan Azizah dari kereta di pertengahan jalan dan meminta Azizah pulang bersendirian, kerana ketika itu, Anwar mendapatkan berita bahawa beliau diminta untuk berceramah.
Wan Azizah Dibayangi Tiga Pihak
“Semasa Anwar menjadi menteri, wujud tiga pihak lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumahnya yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali”, kata x-pkr ketika mengulas kehidupan peribadi Azizah ketika Anwar bergelar menteri. Klik di sini
Mak Andak yang dianggap emak saudara sebenarnya hanya mempunyai pertalian persaudaraan jauh. Sukma Darmawan langsung tiada pertalian, hanya statusnya sebagai adik angkat, manakala Azmin juga tiada pertalian, hanya sekadar pembantu Anwar yang setia.
Dalam urusan pengaturan keluarga, Anwar lebih banyak mendengar cakap Mak Andak berbanding Wan Azizah. Maka tidak hairan anak-anak Anwar juga lebih patuh kepada Mak Andak berbanding dengan ibunya sendiri. Ringkasnya, peranan Mak Andak lebih dominan dalam rumah Anwar.
Menurutnya Wan Azizah juga amat mencemburui kewujudan Sukma Darmawan kerana Anwar tidak pernah melarang Sukma daripada membeli dan memakai jenama-jenama yang mahal.
“Sebaliknya Wan Azizah kessemuanya dilarang!”, katanya, kerana Anwar memberi alasan Wan Azizah adalah isterinya, yang bergelar menteri, nanti ditohmah oleh orang lain.
Begitu juga dengan Azmin, Anwar sentiasa memberi perhatian kepada Azmin sekeluarga, berbanding dengan keluarganya sendiri.
Percutian ke luar negara yang sepatutnya hanya untuk keluarga Wan Azizah, menjadi tawar kerana Anwar turut membawa keluarga Azmin bersama.
Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema kehidupan Wan Azizah ini. Mereka tahu yang Wan Azizah pernah dimarah, diherdik dan ditengking oleh Anwar.
Mereka juga tahu tidak melayan Wan Azizah sewajarnya sebagai seorang isteri. Pada mereka Anwar sentiasa melebihkan ‘orang lain’ daripada isterinya sendiri.
Apabila Anwar dipecat, secara sinis ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis mengkritik Anwar dengan mengatakan ‘bini itu jugak lah yang bela dia’ yang merujuk kepada peranan Wan Azizah membela Anwar berbanding dengan pihak-pihak lain yang disayangi Anwar selama ini.
Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan mendapat harapan baru, apabila Anwar ditangkap dan di penjarakan pada tahun 1998.
“Walaupun terkejut hilang statusnya sebagai isteri TPM secara tiba-tiba dan Anwar pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan ‘very political’.
“Mungkin beliau banyak belajar dari taktik Anwar yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya”, katanya.
Azizah Bertindak Balas Kepada Kumpulan Bertiga
Semasa Anwar menjadi TPM, satu bilik khas diperuntukkan kepada Sukma di kediaman rasmi kerajaan itu, namun begitu, setelah Anwar dipecat keluarga Azizah berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damasara.
“Selepas berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damansara, Wan Azizah ‘meniadakan’ bilik untuk Sukma yang ketika itu turut ditahan pihak berkuasa. Setelah dibebaskan, Sukma tidak lagi bebas keluar masuk di kediaman peribadi Anwar. Wan Azizah memberi alasan anak-anak perempuannya semakin membesar dan Sukma bukan mahram dengan mereka”, ulasnya ketika menceritakan kehidupan Wan Azizah pasca Anwar dipecat dari kerajaan. Klik di sini
Sukma amat kecil hati dengan tindakan Wan Azizah itu. Yang lebih memeritkan Azizah juga melarang Sukma mengunjungi Nurul Izzah dan adik-adiknya di rumah peribadi mereka di Bukit Damansara.
Namun pembantu rumah Anwar, Mak Andak lebih memihak kepada Sukma kerana dia tahu Anwar sentiasa berpihak kepada Sukma.
Menurut Mak Andak tindakan Azizah itu semata-mata untuk membalas dendam yang selama ini terbuku di hatinya.
Wan Azizah faham tentangan Mak Andak itu, tetapi Mak Andak tidak boleh berbuat apa-apa kerana Anwar berada di penjara.
“Wan Azizah memasang strategi yang paling halus untuk menyingkirkan Mak andak ini agar tiada bantahan dari pihak keluarga. Wan Azizah mula memasang jerat dengan mencarikan jodoh untuk Mak Andak. Setelah mendapat calon yang sesuai, Wan Azizah berusaha sedaya upaya meyakinkan Anwar (yang ketika itu masih di penjara) untuk memujuk Mak Andak supaya berkahwin”
Namun Mak Andak yang tahu strategi Azizah itu pada mulanya menolak cadangan itu tetapi akhirnya terpaksa akur setelah dipujuk Anwar.
Wan Azizah mengahwinkan Mak Andak dengan bapa salah seorang rakannya yang merupakan pesara kerajaan bergelar Datuk. Maka dengan itu Mak Andak berjaya ‘dikeluarkan’ dari rumah Azizah.
Sekarang Azizah berasa lega kerana semua kuasa yang sepatutnya berada di tangannya sebagai isteri telah kembali kepadanya.
Ketika Azizah memimpin parti Keadilan, beliau sering merungut kepada pembantu-pembantu yang rapat dengannya dengan menyalahkan Azmin dan keluarganya punca tragedi yang menimpa Anwar. Hal ini bukan satu rahsia lagi ketika itu.
“Marahnya Wan Azizah kepada Azmin hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu. Segala kegiatan politik Azmin dalam PKR cuba dicantas Wan Azizah. Tambahan pula isteri Azmin juga turut dikaitkan skandal dengan Anwar. Wan Azizah melarang keras Azmin dan keluarga-keluarganya melawat mereka di Bukit Damansara. Pemilihan PKR 2001 di Kemaman, ahli parti tahu bahawa Wan Azizah (sebagai Presiden) tidak berpihak kepada Azmin sebaliknya Anwar memberi sokongan penuh kepada Azmin”
Namun, tanpa mempedulikan Azizah, Azmin terus mengembangkan kerjaya politik Keadilan dengan ‘direct access’ daripada Anwar. Walaupun pelbagai cubaan Wan Azizah mahu menyingkirkan Azmin namun gagal sebab Anwar sentiasa menaungi Azmin.
“Walaupun berjaya menyingkirkan Sukma, Mak Andak dan Azmin dari pengaruh keluarganya, namun pembebasan Anwar pada tahun 2004 menyemarakkan (semula) pengaruh musuhnya, terutama Azmin dan Sukma”.
Anwar Bebas, Azmin Kembali Berkuasa
“Setelah Anwar bebas pada 2 September 2004, segala urusan pentadbiran kewangan dan logistik kembali diambil alih oleh Azmin Ali. Wan Azizah pernah mengherdik seorang petugas di rumahnya tatkala mereka secara bergurau menyatakan ‘Azmin back in power’. Apakan daya, segala urusan pentadbiran dan logistik sejurus Anwar dibebaskan di Mahkamah (Rayuan) Putrajaya hinggalah Anwar berlepas ke Munich pada 4 September 2004 (turut) diserahkan kepada Azmin”, katanya ketika mengulas pasca pembebasan Anwar, 2004. Klik di sini
Menurutnya, Wan Azizah mengamuk sakan apabila rombongan kumpulan pertama bersama Anwar yang berlepas dari KL-Frankfurt-Munich mengenepikan anak-anaknya.
Turut bersama dalam rombongan ini hanyalah Wan Azizah dan pembantunya, Azmin dan pembantunya, bapa dan ibu tiri Anwar serta doktor pengiring.
Difahamkan Azmin mengenepikan anak-anak Anwar kumpulan pertama itu tidak boleh disertai ramai orang atas alasan keselamatan.
Wan Azizah mempertikaikan alasan Azmin itu dengan merungut jika alasan keselamatan mengapa bapa dan ibu tiri Anwar boleh turut serta.
Namun, setelah dibantah keras Azizah, Anwar akhirnya membenarkan hanya anaknya yang turut serta dalam rombongan tersebut.
Nurul Izzah meyebelahi ibunya, beliau bapanya kerana terlalu memberi muka kepada Azmin. Izzah ketika itu lantang menyalahkan Azmin dan menyifatkan tindakannya sebagai ketidakadilan terhadapnya dan adik-adiknya yang lain.
Tambahan pula, Izzah dan adik-adiknya yang diterbangkan secara berperingkat ke Munich diberi tiket menaiki penerbangan kelas ekonomi sedangkan rombongan sebelumnya kelas pertama.
Hakikatnya Anwar sentiasa berpihak kepada Azmin. Beliau lebih rela anak-anaknya menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh, tetapi bukan untuk Azmin.
Alasan Anwar, Azmin tidak boleh menaiki kelas ekonomi untuk penerbangan jarak jauh dan harus sentiasa selesa kerana pembantu kesayangannya itu sakit buah pinggang.
Anwar Cuba Bawa Shamsidar Ke Munich

“Anwar juga secara halus cuba membawa Shamsidar ke Munich. Isteri salah seorang petugas Anwar sengaja dijadikan umpan dan diundang ke Munich. Mujurlah petugas tersebut sedar mainan politik halus Anwar. Azizah juga menghidu taktik Anwar serta membantah keras cadangan itu. Wan Azizah secara terbuka menyatakan kepada Mat Sabu di Munich bahawa sesiapa juga boleh datang melawat Anwar hatta Dr. Mahathir sekalipun, tetapi tidak Shamsidar!”, ulasnya yang menceritakan episod Anwar dirawat di Munich pada tahun 2004. Klik di sini
Difahamkan isteri petugas Anwar yang diumpan Anwar adalah isteri Ezam Mohd Nor.
Wan Azizah juga sekali lagi menjeruk hati setelah ketibaan Sukma ke Munich. Sukma sering diperhatikan Azizah serta tidak dibenarkan ‘berdua-duaan’ dengan suaminya itu.
Namun Azizah tidak berupaya menghalang Azmin ‘berdua-duaan’ dengan suaminya terutamanya di bilik rawatan Anwar di Alpha Klinik. Menurut Anwar, ianya urusan kerja dan Azizah tidak boleh mencampuri urusan tersebut.
Azmin turut menguruskan temujanji Anwar dengan pemimpin-pemimpin luar negara termasuklah Paul Wolfowitz yang ketika itu merupakan Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.
Anwar juga cuba mengatur pertemuan Wolfowitz dengan wakil Ikhwanul Muslimin Mesir namun wakil tersebut tidak bersetuju dengan pertemuan itu.
Walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti di Munich, ingatan Anwar kepada Shamsidar tetap segar. Di penghujung sesi rawatannya, beliau sekali lagi berusaha membawa Shamsidar ke Munich.
“Anwar berhasrat membawa bersama Shamsidar dalam jet eksekutif yang membawa rombongan keluarga mereka ke Jeddah untuk umrah. Wan Azizah benar-benar marah dan memberi kata dua, (bahawa) beliau tidak akan bersama Anwar jika Shamsidar turut serta”
Perangai Anwar, walaupun pernah dipenjarakan tetap sama. Buktinya, beliau mengambil seorang bekas banduan bekerja di rumahnya di Bukit Damansara meskipun dibantah keras Wan Azizah.
Rasid Ganti Sukma
“Setelah seminggu di tanahair, Anwar mengambil seorang bekas banduan yang dikenali sebagai ‘Rashid’ bekerja di rumahnya di Bukit Damansara. Alasan beliau kepada Azizah mereka tiada pembantu untuk melayan tetamu kerana tetamu yang datang agak ramai. Wan Azizah membantah kerana tidak mahu seorang bekas banduan yang telah disabit hukuman bebas keluar masuk di rumahnya”, katanya mengulas kehidupan Wan Azizah selepas Anwar dirawat di Munich. Klik di sini
Anwar tetap berkeras dan tidak mahu melayan bantahan isterinya itu. Seperti biasa, pada akhirnya semua kehendak Anwar mesti dipatuhi dan Azizah mesti akur.
Azizah kembali tertekan kerana perlakuan Anwar yang begitu mencurigakan setiap kali masalah timbul yang melibatkan Rashid.
Sifat pemurah Anwar dan kasih sayang selalu berpihak kepada Rashid dengan memberikan banyak baju-baju kepunyaannya yang mahal dan berjenama kepada pembantunya itu.
Sikap pemurah yang luar biasa yang ditunjukkan Anwar kepada Rasid itu dibantah oleh Azizah, namun Anwar memarahi Azizah dengan mengatakan isterinya itu kedekut.
“Antara perkara yang paling tidak disenangi Azizah ialah kegiatan Rashid ‘mengurut’ Anwar. Anwar mendakwa dirinya mengidap ‘migrain’ tetapi tidak pula meminta Azizah memicit kepalanya!..(Hanya) Azmin dan Sukma antara yang boleh memegang kepala Anwar untuk memicit dan mengurut”. Klik di sini
Keluarga Anwar dan Azizah bersatu dengan berpihak kepada Azizah. Hanya Azmin yang menyokong Anwar dan untuk meredakan keadaan, Anwar membuat keputusan Rashid tetap bekerja di rumah Anwar dengan penyeliaan Azmin.
Setelah Anwar menerima jawatan professor pelawat di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat, Rasid masih dikekalkan berkerja di rumah Anwar di Bukit Damansara. Rasid juga diarah tinggal di Bukit Damansara jika sekali-sekala Anwar pulang ke Malaysia.
Perkara ini cukup merunsingkan Azizah. Anwar kerap pulang berseorangan ke Malaysia dengan alasan mempunyai tugasan di Timur Tengah, Hong Kong atau Singapura, lalu singgah di Kuala Lumpur.
Setiap kali Azizah menghubungi telefon rumah, Rasid yang menjawabnya. Azizah mula menghidu sesuatu yang tidak kena ke atas suaminya itu kerana permintaan Azizah untuk mengiringi suaminya pulang ke Malaysia sering ditolak.
Anwar memberi alasan, beliau hanya akan singgah sekejap sahaja di Kuala Lumpur sebelum atau selepas urusan di tempat lain.
Jika ada anak Anwar yang disuruh Azizah mengiringinya, anak Azizah itu akan dihantar bermalam di rumah bapa Anwar sementara Anwar pula akan bermalam di tempat program atau di Bukit Damansara dengan ditemani Rasid.
Azizah cukup risau dengan keadaan ini. Mata-mata Azizah di Kuala Lumpur ketika itu adalah seorang peguam wanita yang juga ahli PKR Kuala Langat.
Masalahnya peguam ini tiada ‘access’ dengan Anwar dan beliau seringkali meminta bantuan rakan-rakan PKR lain untuk membantunya memantau Anwar dan Rasid sepertimana yang diarahkan oleh Wan Azizah.
Ketika Anwar kembali ke Malaysia tanpanya, Azizah juga sering menghantar sms kepada beberapa pemimpin PKR yang tertentu meminta bantuan mereka memastikan Anwar bermalam seorang diri di rumahnya di Bukit Damansara.
Azizah pernah menyuarakan bantahannya kepada Anwar supaya menyingkirkan Rasid, namun Anwar tetap berkeras, akhirnya Anwar menggunakan tipu muslihat dengan memindahkan Rasid bekerja di pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya.
Azizah berpuas hati dengan menyangka Rasid telah diberhentikan, namun Anwar lebih licik lagi berpura-pura memecat Rasid di depan Azizah, tetapi tetap bekerja bersamanya untuk urusan tugas-tugas khas di Seksyen 16, PJ.
Azmin Berusaha Singkirkan Azizah
“Azizah sedar akan perkara ini, namun seperti Anwar, atas kepentingan peribadi, Azizah merelakan dirinya diperkotak-katikkan. Bukan Azizah tidak sedar wujud pakatan dalam PKR yang mahu beliau disingkirkan sebagai Presiden. Usaha ini dipelopori Fuziah Salleh (MP Kuantan), tentunya dengan sokongan kuat dari Azmin dan rakan-rakannya yang lain. Alasan mereka mudah, Azizah tidak bisa berfungsi sebagai Presiden dengan baik!”, katanya dalam ulasan Anwar aktif kembali dalam arena politik Malaysia. Klik di sini
Anwar tidak berminat menjawat Presiden PKR kerana beliau akan dilihat setaraf dengan presiden parti yang lain dalam pembangkang. AnWAR tidak suka situasi ini, kerana sikapnya suka sentiasa berada lebih berkuasa daripada orang lain. Tiada orang lain yang lebih berkuasa daripadanya.

Anwar juga mengorbankan isterinya supaya melepaskan jawatan Ahli Parlimen di Permatang Pauh. Azizah sedar Anwar mempergunakan dirinya, untuk tawar menawar jawatan Presiden PKR.
Sepertimana Anwar menggunakan Azizah, begitu juga Azizah menggunakan Anwar. Ternyata ‘lambaian’ kuasa membuatkan wanita ini hilang pertimbangan rasional.
Dengan mengekalkan jawatan Presiden PKR, Azizah menjangkakan SIMPATI dan sokongan terhadapnya akan kembali jika Anwar kembali ke Sungai Buloh buat kali kedua.
Azizah & Anwar Saling Berpolitiking
“Sikapnya sendiri yang mahukan ‘glamour’ serta didikan Anwar yang menyimpang dari landasan etika hidup berumahtangga mendorong Azizah begitu sinonim dengan perangai Anwar. Ramai telah tahu tentang sikap ‘auta’ AnWAR. Sekarang umum perlu ketahui perangai Azizah salin tak tumpah seperti Anwar, malahan lebih teruk lagi”, rumusnya. Klik di sini
Azizah seorang yang impikan glamour dalam hidupnya! Seawal hidupnya, Azizah sering diabaikan ibu bapanya yang konon sibuk menimba ilmu ketika itu.
Kurang perhatian di zaman mudanya membuat Azizah perlu menagih perhatian tanpa mengira siapa. Lantaran itu Azizah begitu tertarik dengan Anwar yang menjadi ikon ‘pejuang’ ketika itu, biarpun dihalang keras keluarganya. Keluarga tidak mampu memberikan Azizah perhatian dan sanjungan, namun Azizah fikir Anwar boleh!
Azizah seorang yang sangat ‘selfish’. Sikap Anwar yang memandu beliau menjadi begitu namun sebagai seorang manusia, nyata Azizah juga suka menjadi seperti itu.
Setelah memegang Presiden PKR, kekayaan yang dikumpul Azizah begitu banyak. Banyak dana yang disumbangkan kepada Azizah untuk menyokong perjuangan Anwar dijadikan milik peribadi. Tiada audit dan akaun yang telus kerana sumbangan disalurkan terus kepada Azizah, bukan melalui parti walaupun niat asalnya untuk parti.
Sumbangan dengan jumlah yang bukan sedikit itu membuat Azizah gelap mata. Beliau menjadi begitu kedekut dan ‘protective’ untuk keluarganya. Dalam hal kewangan, Azizah cukup cukup berahsia. Malahan dengan Anwar pun beliau berahsia kerana Azizah tahu Anwar pun mempunyai rahsia yang tidak diceritakan kepadanya.
Sikap Azizah yang sering berahsia menjadikan beliau seorang yang hipokrit. Sifat hipokrit itu ditambah dengan skil yang ditunjuk ajar oleh Anwar. Jika Azizah boleh bermuka-muka dengan Anwar, apatah lagi masyarakat.
Azizah sanggup berlakon di depan umum berpegangan tangan dan berjalan seiringan dengan Anwar, walhal beliau sendiri tahu itu hanya lakonan sahaja. Azizah juga mengheret anaknya ke sana ke mari meraih simpati walhal sebagai ibu beliau bukan sepenuh masa mengurus anaknya.
Begitu juga dalam kes liwat. Beliau tampil memberi kenyataan yang berdolak dalik walhal beliau tahu perangai suaminya. Beliau tahu aktiviti AnWAR dengan Sukma sehingga beliau sendiri menghalau Sukma keluar dari rumahnya.
Beliau juga tahu hubungan suaminya dengan Azmin dan Shamsidar. Tetapi mendiamkan diri. Namun sampai sekarang beliau mengharamkan Shamsidar menjejakkan kaki ke rumahnya.
“Azizah bersikap begini kerana beliau memang begitu! Jangan diperdayakan dengan sikap Azizah yang bercakap lembut gigi dari lidah. Liang lentok kepalanya yang lembut pabila bercakap hanyalah senjata menarik perhatian ramai. Redupan matanya yang konon ayu (sebenarnya sepet), adalah renungan berbisa yang membunuh jiwa kita. Heretan dan pegangan tangan beliau adalah pelengkap kepada drama yang dilakonkan. Senyuman Azizah adalah ‘kuasa’ yang kian lemah terhadap bateri AAA yang diperkatakan kini”, katanya lagi.
“Betulkan Anwar” – Pesan arwah Tan Sri Mohamed Yaacob
Hubungan Wan Azizah dengan Tan Sri Mohamed Yaacob amat rapat kerana bekas Menteri Besar Kelantan dianggap sebagai ‘distance uncle’.
Semasa Anwar di penjara, Wan Azizah sering mengunjungi Mohamed Yaacob di kediamannya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
“Di kalangan ahli keluarga mengetahui TS Mohamed Yaacob sering menasihati Wan Azizah agar menumpukan perhatian kepada keluarga serta tidak melibatkan diri dalam politik. TS Mohamed juga menasihati Wan Azizah agar ‘membetulkan’ Anwar kerana menurutnya, Anwar mula terpesong lantaran keinginan peribadi terlalu menguasai dirinya”, ulas x-pkr dalam catatannya memperingati Tan Sri Mohamed Yaacob yang telah kembali ke rahmatullah.
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
February 24, 2015 at 12:30 PM

Jam tangan rolex aku mana...zah... Ada bg dlm simpanan... He.. He..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger