Home » » cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN, DEMI PERPADUAN UMAT ISLAM

cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN, DEMI PERPADUAN UMAT ISLAM

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 30, 2011 | 4:10 PM


Kali pertama sejak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mempelawa PAS untuk menyertai Barisan Nasional (BN) dalam usaha memperjuangan agenda bangsa, agama dan negara.
Menurut beliau, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?
"Hadi (Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 20,000 orang pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri DUN Manir di Kampung Pulau Bahagia, di Terengganu.
40 tahun lalu, Tun Abdul Razak juga pernah mempelawa PAS menyertai BN sebagai sebahagian usaha untuk perpaduan rakyat Malaysia selepas kejadian 13 Mei 1969.
Perdana Menteri berkata masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.
"Umno lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR)".
Najib berkata rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.
Beliau turut mengulas mengenai kemelut yang sedang berlaku membabitkan kepimpinan parti PKR.
"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim).
"Dan semalam kenapa nak halang orang nak bersumpah?," kata Najib yang merujuk kepada suasana tegang apabila hasrat Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berkenaan pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan Anwar, cuba disabotaj oleh penyokong ketua pembangkang itu.
Najib berkata sudah tibanya rakyat menilai kepimpinan yang benar-benar layak untuk menerajui negara ini.
"Masa depan Malaysia ini adalah lebih terjamin dengan BN," katanya.
Sementara itu, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan kunjungan khas ke atas Muryidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pagi ini.

Ada kalangan pemerhati politik kata hal ini sudah menjadi rutin biasa Anwar untuk 'mengsucikan diri' dengan Tok Guru ketika menghadapi dakwaan kes moral video seks.
Anwar dalam mesej di laman sosial twitter berkata beliau ke Kota Bharu untuk mengunjungi Nik Aziz sebelum berceramah malam ini di Machang.
Manakala pada Jumaat, bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu sidang media di Pejabat PAS memberitahu bahawa PAS perlu kekal dalam Pakatan Rakyat biar apapun yang terjadi.
Persoalan timbul sekarang ini apakah sudah wujud 'rundingan' supaya PAS menyertai BN hingga menyebabkan Anwar 'berkejar' bertemu dengan Nik Aziz?
PAS sebagai parti yang penyokongnya rata-rata adalah Melayu Islam dilihat akan menghadapi cabaran paling besar dalam pilihanraya umum ke 13 nanti berikutan sokongan besar orang Melayu kepada UMNO dan BN kebelakangan ini.
PAS kalah di dalam pilihanraya kecil di kawasan majoriti Melayu termasuk di Galas, Kelantan, Bagan Pinang, Merlimau, Tenang dan Kerdau sejak Najib mengambil alih pucuk pimpinan negara dua tahun lalu.-agendadaily
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger