Gambar hanya hiasan
Laporan audit Yayasan Selangor yang dibuat oleh Bahagian Audit Dalaman Pejabat SUK Selangor telah melaporkan bahawa mereka telah memeriksa baucer bayaran yang mengesahkan bahawa Yayasan Selangor telah membelanjakan sejumlah RM12,500 untuk membeli handphone bagi kegunaan pegawai pengurusan Yayasan Selangor.
Peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri bagi pembelian handphone adalah mengikut kelayakan kategori atau gred pegawai. Kadar kelayakkan tersebut adalah seperti berikut:
- Pegawai Turus III dan keatas/setaraf serta Ketua Setiausaha Kementerian - RM2500 termasuk aksesori
- Gred Utama/Khas C hingga A- RM2000 termasuk aksesori
- Gred 53 hingga 54- RM1000 termasuk aksesori
- Gred 41 hingga 52- RM750 termasuk aksesori
- Juruiring/Pengiring Rapat/Pegawai Peribadi dan Pemandu Kereta Rasmi - RM375.00 termasuk aksesori
Berdasarkan kepada kelayakkan diatas jelas Yayasan tidak mematuhi peraturan yang diguna pakai oleh Kerajaan Negeri. Apa yang lebih menarik adalah Pengurus Besar diberikan 2 handphone tanpa diberi alasan keperluan diberikan 2 unit berharga RM5500.Manakala anak buah kesayangan Ilham Marzuki diberi 1 biji handphone berharga RM3500 dan Datin Sabariah Timbalan Pengurus Besar Pendidikan juga diberi 1 biji handphone juga berharga RM3500
Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah:
- Ilham Marzuki sebagai seorang yang bergread gaji Jusa B. Mengikut peraturan pembelian telefon bimbit hanya layak menerima sebanyak RM2000 sahaja. Apakah alasan sehingga beliau diberi 2 telefon bimbit yang setiap satunya bernilai RM3000 dan RM2500. Adakah telefon dibeli hanya 1 biji sahaja dengan harga yang rendah dan baki duit masuk ke poket sendiri? Tak cukup lagi ke duit under table dari program-program merapu yang dianjurkan oleh Yayasan?
- Saifulruddin Sulaiman seorang yang bergred gaji Jusa C juga layak menerima sama seperti Ilham Marzuki tetapi diberi telefon bimbit yang bernilai RM3500.00. Dah lah belasah duit program-program Yayasan kaw-kaw, nak beli handphone pun nak suruh Yayasan sediakan jugak. Inilah yang dikatakan manusia tak sedar dek untung. Tak ada lagi bagus kalau ada menyusahkan saja.
- Manakala Datin Sabariah diberi telefon dengan harga yang sama tetapi aku yakin nama Datin diselit di dalam senarai sebagai mengaburi mata pihak-pihak tertentu sahaja.Seperti biasa mereka cuba mencari sapa yang patut menjadi kambing hitam andai ada masalah berlaku.
- Apakah jenis telefon dipasaran yang mencecah harga sehingga RM3500.00. Blackberry? Ipad? Nokia?Samsung?. Seingat-ingat aku yang dah berpuluh-puluh handphone pakai belum ada lagi yang bernilai RM3500.
Sama-sama kita fikir dan lihat bagaimana mereka ini menggunakan duit Yayasan. Itu baru Yayasan belum lagi dioarg belasah duit kerajaan negeri. -kitagempur
Post a Comment