Home »
» CALON PKR SATOK HAMILKAN GIRLFRIEND KENA LA NIKAH KAT SIAM
CALON PKR SATOK HAMILKAN GIRLFRIEND KENA LA NIKAH KAT SIAM
Written By LAILANATASHA on Saturday, April 9, 2011 | 8:18 PM
Ustaz Ahmad Nazib adalah calon PKR di Satok dalam pilihan raya umum Dewan Undangan Negeri Sarawak. Pernah belajar di Nilam Puri dan Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya. Pernah menjadi ahli kumpulan pembangkang di universiti melalui aktiviti usrah dan tamrin. Akhirnya, didapati ustaz didikan PAS ini telah kantoi membuntingkan seorang gadis Lawas. Setelah mengandung, Ustaz Ahmad Nazib berkahwin lari di Thailand untuk menutup kesnya. Memalukan institusi pengajian seperti Universiti Malaya
Biarpun sudah ada empat orang anak, ustaz PKR yang bergelar peguam syarie ini boleh tahan juga lincahnya seperti Ketua Umum PKR (baca Unspinners). Sudah kantoi dengan gadis Lawas, rupanya ustaz ini masih lagi dipilih untuk menjadi calon di Satok. Nampaknya PKR seolah tidak kisah tentang latar belakang moral calon dan pemimpin mereka.
Kalau boleh nafi mereka nafi. Kalau boleh tidak mengaku, jangan mengaku sampai sudah. Elizebeth Wong yang kantoi terkangkang, Anwar Ibrahim yang terkantoi dalam video dan Ustaz Ahmad Nazib (calon PKR Satok) yang kantoi mengadungkan anak orang tetap juga diangkat sebagai pemimpin oleh PKR. Rakyat perlu menolak ustaz ini sebagai wakil rakyat mereka. Jangan tersalah pilih musang berbulu manok
+ comments + 1 comments
YAAA..SETUJU....HANCURKAN PKR DAN SEKUTUNYA..
Post a Comment