Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah nasib yang menimpa PKR sekarang. Selepas dilanda pelbagai masalah termasuk masalah moral pemimpin utamanya, kini satu lagi masalah melanda PKR.
Pemilik bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR di Merchant Square,Tropicana, Petaling Jaya iaitu Datuk Soh Chee Wen yang juga bekas rakan karib Anwar Ibrahim telah meminta PKR mengosongkan bangunan tersebut.
Datuk Soh bukan sahaja meminta PKR keluar dari bangunannya malah kami difahamkan beliau juga menuntut PKR membayar RM 800 ribu kepadanya kerana semenjak bangunan itu digunakan oleh PKR dari tahun 2008 hingga kini, parti itu tidak pernah membayar sesen pun kepadanya.
Lebih pedih dan memilukan lagi, kami difahamkan bangunan itu akan bertukar menjadi pejabat parti KITA sebaik sahaja PKR keluar.
Pada tahun lepas kita boleh ingat lagi bagaimana gembiranya pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas apabila bangunan Umno Bahagian Kota Bharu dibeli oleh Pemuda Pas Kelantan dan bertukar menjadi bangunan Pas.
Selepas ini kita boleh melihat pula bagaimana sedihnya pemimpin-pemimpin dan penyokong PKR apabila bangunan yang menjadi ibu pejabat parti mereka bakal bertukar menjadi pejabat parti KITA.-selangordaily
+ comments + 3 comments
apa nak heran.......bangunan orang lain...bukan bangunan tu PKR beli ......
macam kita sewa rumah orangla.....setelah duduk lama tetiba tuan rumah nk ambik balik so pikir2 sendirila apa perlu buat..>>> carila rumah abru yang lebih selesa....tu pon nak heboh....
moral of the story, lain kali bayar la sewa
Post a Comment