Home » » PKR HISAP DARAH RAKYAT SELANGOR MELALUI PEMBELIAN KERETA - YAYASAN SELANGOR

PKR HISAP DARAH RAKYAT SELANGOR MELALUI PEMBELIAN KERETA - YAYASAN SELANGOR

Written By LAILANATASHA on Sunday, April 10, 2011 | 6:16 PM



Satu kertas cadangan telah dihantar kepada Menteri Besar Gagap bagi memohon kelulusan untuk membeli 4 kenderaan baru untuk kegunaan Yayasan dengan kos keseluruhan berjumlah RM500,000. Didalam surat cadangan tesebut telah dinyatakan bahawa kos untuk membeli kenderaan untuk kegunaan Pengurus Besar adalah sebanyak RM300,00. Toyota Hiace RM110,00 untuk kegunaan kem ataupun asrama dan juga 2 buah Proton Saga BLM berharga RM90,000 untuk kegunaan Ibu Pejabat.

Selepas kelulusan diberikan pengurusan Yayasan Selangor telah bertindak membeli 1 biji Toyota Hiace bernilai RM97,490 untuk kegunaan kem ataupun asrama seperti yang dinyatakan di dalam surat cadangan. Mereka juga telah membeli sebiji SUV Toyota Fortuner bernilai RM190,155,21 untuk kegunaan pejabat walaupun pada mulanya mereka bercadang untuk membeli 2 biji Protan Saga BLM dan sebiji Toyota Camry 2.4V berharga RM186,080.11

Nasib malang berterusan kepada kakitangan Yayasan Selangor apabila Pengurus Besar Ilham Marzuki telah menggunakan kuasa yang ada pada beliau untuk menjadikan SUV Toyota Fortuner tersebut sebagai kereta rasmi beliau dan pada masa yang sama telah memiliki sebiji Toyota Camry.Apakah rasionalnya seorang Pengurus Besar mempunyai 2 biji kereta rasmi dan apakah alasan disebalik surat cadangan memohon kelulusan untuk membeli 4 kenderaan baru untuk kegunaan Yayasan.

Kenapa perlu diberi keistimewaan kereta baru sedangkan tempoh perkhidmatan Ilham Marzuki sebagai Pengurus Besar terlalu baru.Tidak keterlaluan untuk kita perkatakan bahawa mereka menggunakan kewangan kukuh Yayasan Selangor untuk kepentingan diri mereka sendiri. 

Pembaziran demi pembaziran terus berlaku bermula dengan Majlis Sambutan Ulangtahun ke 40 sehinggalah kepada pembelian aset-aset Yayasan yang boleh dipertikaikan.

Tunggu pendedahan selanjutnya kisah pembelian aset lain dan kerugian dalam kontrak sewa beli.-kitagempur
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger