Mohd Saifulruddin Sulaiman (Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor) telah menjadi "kambing hitam" di sebalik kerugian yang dialami oleh Yayasan Selangor sejumlah RM7.41 juta ringgit selama tiga tahun mentadbir Selangor. Namun siapa sebenarnya yang menjadi berkuasa di Yayasan Selangor (baca sini). Berteriak dan menjerit soal rasuah bukan main lagi, namun bila kena atas batang hidung sendiri, Khalid menyalahkan orang lain sebagai "kambing hitam".
Bank Simpanan Nasional telah memohon agar Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam untuk mengeluarkan notis bankrap kepada Mohd Saifulruddin Sulaiman pada tahun 2009. Pada 1 Julai 2010, Saifulruddin telah ditawarkan surat perlantikan sebagai Timbalan Pengurus Yayasan Selangor. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh cuai dalam perlantikan seorang yang bankrup untuk menjadi Timbalan Pengurus Yayasan Selangor (baca sini). Bankrup pada 2009 tetapi pada 2010 dilantik jaga Yayasan Selangor, satu perlantikan yang amat meragukan
Apakah perlantikan Saifulruddin memang sengaja dibuat oleh Khalid Ibrahim bagi merompak habis-habisan kantung Yayasan Selangor?. Bila sudah kaut habis-habisan maka Saifulruddin dipecat untuk meletakkan kesalahan tersebut kepada Saifulruddin sedangkan Saifulruddin hanya baru masuk pada Julai 2010. Jadi antara Mac 2008 dan Julai 2010, kantung Yayasan Selangor memang sudah mengalami kerugian, cuba tiada "kambing hitam" untuk disalahkan. Khalid Ibrahim perlu letak jawatan bukannya membuang Saifulruddin seorang sahaja.
Post a Comment