Home » » PKR CURI DUIT RAKYAT SELANGOR - KOS BAIKI KERETA RM6 JUTA 11 BULAN

PKR CURI DUIT RAKYAT SELANGOR - KOS BAIKI KERETA RM6 JUTA 11 BULAN

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 9, 2011 | 8:10 PM


SPRM diminta siasat kos penyenggaraan dan membaiki kenderaan Yayasan Selangor yang dilaporkan berjumlah RM6 juta sepanjang 11 bulan tahun lalu. Jumlah yang terlalu besar kerana ia hanya membabitkan kerja baik pulih dan penyenggaraan dan bukannya pembelian kenderaan baru. Amat tidak masuk akal, 6 juta habis dalam masa 11 bulan sahaja.

Laporan audit dalaman Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor terhadap Yayasan itu menyatakan sebanyak kira-kira RM6 juta dibelanjakan sepanjang Januari hingga November 2010 untuk tujuan itu. Kos terbabit naik mendadak sejak sebuah syarikat ambil alih kerja-kerja itu. Syarikat yang dapat projek RM6 juta tersebut kroni siapa? Ternyata, negeri Selangor di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim dan sekutu DAP beliau telah menyalahgunakan wang rakyat untuk mengkayakan kroni sendiri. Wajib bagi SPRM siasat Yayasan Selangor.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger