
Kenyataan terbaru Anwar itu mengesahkan dakwaan kebanyakan blog yang mengatakan Ketua Umum PKR itu mengamalkan diet untuk menguruskan badan sejak tersebarnya video seks yang dikatakan mirip Anwar baru-baru ini.
Sebelum ini, isterinya Wan Azizah mengesahkan pelaku video itu sama seperti suaminya, Anwar Ibrahim, terutamanya di bahagian kenduran leher lelaki itu.
Walaupun muka dan kenduran leher sama seperti Anwar, namun begitu, Wan Azizah tetap menafikan lelaki dalam video itu adalah suaminya kerana perutnya lebih gendut. Klik di sini
“Dan saya tahu, itu bukan Anwar! Dia masuk penjara, dia puasa. Dia taklah gendut macam tu, perut macam mana? Saya tau lah perut dia macam mana”, katanya yang menggunakan hujah gendut dan perut suaminya kerana bahagian tersebut tersembunyi yang tidak diketahui umum, jika dibandingkan dengan bahagian leher yang sudah menjadi tontonan umum. Klik di sini
Wan Azizah membuat kenyataan itu ketika berceramah Markaz PKR Satok, Jalan Patingan, Kuching Sarawak pada 7 April 2011.
Dalam ceramah itu, Wan Azizah didapati sering menggunakan kalimah Allah di beberapa bahagian ceramahnya, tetapi tidak berani menegaskan dengan kalimah Allah ketika membuat penafian bahawa pelaku itu bukan Anwar Ibrahim.
Post a Comment