Home » » DAP HALAU MELAYU DI PANDAN PERDANA - MELAYU MEREMPAT DI TANAHAIR SENDIRI

DAP HALAU MELAYU DI PANDAN PERDANA - MELAYU MEREMPAT DI TANAHAIR SENDIRI

Written By LAILANATASHA on Monday, June 27, 2011 | 11:37 AM


Sebahagian peniaga gerai di Pandan Perdana yang gerai-gerai mereka telah dirobohkan atas arahan Janice Lee, ADUN Teratai dari DAP, telah berkumpul dan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan pejabatnya di Jalan Bunga Tanjung 10, Taman Muda atau lebih tepat lagi, di belakang PASAR BABI TAMAN MUDA.
12 tahun berniaga tanpa sebarang gangguan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, akhirnya periuk nasi mereka telah ditabur pasir oleh ADUN Teratai itu bagi memberi laluan kepada projek yang sudah tentu ada kaitan dengan Pakatan Rakyat.
Difahamkan, ADUN berkenaan dan MPAJ tidak memberikan alternatif kepada para peniaga yang gerai-gerai mereka telah dirobohkan.

Anehnya, gerai-gerai di sepanjang jalan di hadapan pejabat Janice Lee tidak pula dirobohkan. Gerai-gerai tersebut adalah gerai-gerai Cina sepenuhnya yang pada asalnya adalah gerai-gerai haram. Kerajaan Barisan Nasional telah membina semula gerai-gerai tersebut ketika Ong Tee Kiat menjadi Ahli Parlimen Ampang. Manakala penjaja-penjaja Melayu pula ditempatkan di jalan menuju ke Taman Kenchana, di luar dari kawasan babi.
Bagaimanapun, baru-baru ini atas TITAH PERINTAH Janice Lee, gerai-gerai Melayu yang dibina di sekitar hentian bas lama dengan peruntukan kerajaan, telah dirobohkan. Alasan yang diberikan ialah, gerai-gerai tersebut dipindahkan kerana mengganggu lalu lintas, walhal yang menyebabkan kesesakan ialah PASAR BABI dan gerai-gerai Cina dari Stesen Minyak BP sehingga ke Stesen Minyak Petronas.
Sehingga kini gerai-gerai yang kononnya hendak dipindahkan ‘hilang’ begitu sahaja!!!-parpukari
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 27, 2011 at 1:00 PM

tahniah kepada peniaga2 kat tempat tu! syabas kerana memilih YB yang paling baik n parti yang paling tepat utk masa depan anak2 korang, n periuk nasik korang sendiri! congratulations once again! pilih PKR,DApig, PAS, anda JAHANAM!!

Anonymous
June 27, 2011 at 1:42 PM

MPAJ skrg bukan sajer jadi pak turut pada PR malah byk benda yg diubah demi menjayakan anasir2 liar daPIGS....

Sbagai cth....sewa kedai lambat byr akan didenda RM30.00 sebulan....jika dulu time BN handle...ini tidak pernah berlaku

Memaksa peniaga membuat renovation yg setaraf restoran 5 bintang..dgn peralatan2 diganti dgn stainless steel padahal gerai yg disewa cuma 300.00 sebulan...dan MPAJ langsung x buat apa2 utk mempromosikan kawasan gerai tersebut..

Memaksa peniaga dtg utk mengambil kursus2 yg tidak kena mengena dgn perniagaan...jika tidak hadir akan didenda..

Walaupun telah diberitahu pada pegawai2 MPAJ,ada gerai yg dialibabakan....tetapi tiada tindakan langsung...malah pegawai hanya berkata tindakan akan dibuat...!padahal kedai tersebut telah beroperasi lebih dari 5 tahun...

Jadi tahniah kepada warga MPAJ dan suku sakat daPIG....mmg ini pun yg korg pilih......padan muka ko...

wudi...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger