Home » » VIDEO SEKS ITU 200% ANWAR IBRAHIM - MUSTAHIL ORG LAIN - TIADA TEKNOLOGI YG MAMPU MENUKAR WAJAH - HAKIKATNYA PAS, PKR , DAP CUBA MENIPU UTK ANWAR YG KETAGIH SEKS

VIDEO SEKS ITU 200% ANWAR IBRAHIM - MUSTAHIL ORG LAIN - TIADA TEKNOLOGI YG MAMPU MENUKAR WAJAH - HAKIKATNYA PAS, PKR , DAP CUBA MENIPU UTK ANWAR YG KETAGIH SEKS

Written By LAILANATASHA on Monday, June 27, 2011 | 12:03 PM

Hollywood yang mengeluarkan bajet berjutaan ringgit masih belum boleh menukar wajah aktor yang berlakon kepada karekter asal!

Bacalah waha pemimpin PAS dan bukalah minda korang sikit, janganalah korang diperbodohkan oleh seorang manusia bebal bernama Johari Abdul! Bacalah apa yang ditulis oleh pakar filem mengenai video seks yang sah pelakonnya tu adalah Anwar!


“Pas menyangkal kenyataan laporan pakar pengecaman wajah yang menyebut pelaku dalam video seks sebagaimana didedahkan, mirip 99.99 peratus Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, teknik mengubah wajah menyerupai individu tertentu telah dipraktikkan dalam industri penerbitan filem.
“Mereka hanya kata 99.99 peratus mirip, tidak semestinya bermaksud memang itu Anwar.
“Watak Omar Mukhtar yang dilakonkan Anthony Quinn dalam filem Lion of The Desert juga menyerupai Omar Mukhtar sebenar. Jadi, apa nak dihairankan, semua teknik begini boleh digunakan untuk memerangkap seseorang,” katanya.
Beliau menegaskan, walaupun isu itu diberi liputan media di negara ini, ia tidak menjejaskan sokongan terhadap Pakatan Rakyat malahan mampu melonjakkan nama ketua pembangkang itu.
“Ia akan melariskan lagi publisiti Anwar seperti pertambahan undi dalam program realiti televisyen, Maharaja Lawak.
“Bagi saya, ini adalah sebahagian daripada cerita lucu zaman moden,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebarang dokumen dikemukakan berhubung perkara itu malah ia sekadar kenyataan lisan daripada peguam.
“Ia tiada kaitan mengenai kerjasama Pas dalam PR, kerana perjanjian parti dengan PR, bukan dengan Anwar.
“Justeru, isu Pas keluar PR tidak timbul kerana Pas masih tetap bekerjasama dengan PR,” katanya.” – Sinar Harian
Saudara Mahfuz, watak Omar Mukthar dan juga watak Saidina Hamzah, kedua-duanya lakonan Anthony Quinn, langsung tidak menyerupai wajah kedua-dua tokoh sejarah itu. Hakikat ini diakui sendiri di dalam pengarahnya, Allahyarham Moustapha Akkad di dalam beberapa tulisan dan temubualnya. Bagaimanapun, apa yang menjadi ingatan dan pujian ialah bagaimana Anthony Quinn menjayakan watak itu dari segi gerak lakunya sehinggakan ia menyakinkan sesetengah penonton bahawa kedua-kedua watak itu dilakonkan oleh seorang Islam.
Omar Mokhtar sewaktu ditahan oleh Tentera Fasis Itali
Mendiang Anthony Quinn selaku Omar Mokthar dalam Lion of The Desert
Mendiang Anthony Quinn selaku Saidina Hamzah bersama Pengarah Allahyarham Moustapha Akkad di lokasi The Message
Adegan Omar Mukhtar mengambil air sembahyang sebelum menjalani hukumannya dianggap oleh pengkritik sebagai adegan yang cukup melahirkan keinsafan.
Mendiang Anthony Quinn, seorang pelakon berketurunan Mexican-American membawa watak Saidina Hamzah di dalam filem The Message (1977) dan watak Omar Mokhtar di dalam filem Lion Of The Desert (1981).
Apa yang Mahfuz tidak faham ialah keberkesanan lakonan seseorang bukan di nilai dari sudut bentuk wajah dan fizikal tetapi dari sudut teknik di mana seseorang pelakon berjaya ‘make-believe’ atau membuat kita percaya kepada lakonannya.
Seorang lagi pelakon hebat, Anthony Hopkins yang berlakon dalam filem Nixon arahan pengarah besar Oliver Stone pada tahun 1995, sedekad selepas filem yang dikatakan Mahfuz turut mengakui bahawa kehebatan penataan-rias Holywood tidak berjaya menjadikan wajahnya seperti bekas Presiden Amerika itu.
Jika sebuah filem Hollywood yang berbajet besar pun tidak dapat melahirkan wajah yang seiras dengan tokoh sebenar, apakah lagi filem berbajet rendah diluar Hollywood seperti yang diperkatakan oleh pemimpin Pas itu?
Kata orang jangan bercakap sesedap mulut. Mahfuz Omar adalah Naib Presiden PAS dan tak usahlah bercakap seperti orang yang tidak berakal. Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam usah di duga.
 
Mahfuz ternyata tidak memahami bagaimana pengecaman di buat oleh dua pakar Amerika Syarikat dari Dartmouth College New Hampshire. Teknik pengecaman sebegini sudah biasa di Amerika Syarikat dan ianya digunakan untuk tujuan keselamatan dan perisikan. Ianya bukan berdasarkan keserupaan wajah tetapi berdasarkan elemen-elemen seperti kedudukan mata, saiznya, kedudukan mulut dan bibir dan lain-lain faktor lagi yang tidak boleh diubah dengan solekan, topeng dan sebagainya. Ianya digunakan dengan meluas oleh agensi-agensi terbabit bagi mengecam orang-orang yang dikehendaki ataupun yang dipercayai mempunyai motif subversif.
Di dalam kes mengesahkan lelaki di dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim, ia dibuat bukan sahaja dengan membandingkan elemen-elemen tersebut dengan Anwar Ibrahim sendiri tetapi dengan membandingkannya dengan data ribuan sample gambar yang diberikan.
Di dalam kata lain, menerusi teknik ini, walaupun Mahfuz Omar disolek sebiji menyerupai Mr. Bean, teknik pengecaman ini akan pasti dapat mengecam bahawa ‘Mr. Bean’ itu tetap Mahfuz. Ini kerana geometeri wajah yang dinilai.
Tiga teknik pengecaman wajah boleh dibuat adalah seperti berikut,
(1)  Teknik Tradisional -  mengecam wajah dengan menilai tanda-tanda pada wajah, atau bentuk dari imej yang dibekalkan. Contohnya ia akan membuat analisa posisi, size, bentuk mata, hidung, tulang pipi dan rahang. Ia kemudian di bandingkan dengan sample di dalam database.
(2)  Teknik 3-D – Teknik baru ini dikatakan berjaya membuat perbadingan pada aspek-aspek yang belum dapat dibuat oleh teknik sebelum ini iaitu menggunakan teknik pengecaman wajah secara tiga dimensi. Menerusi teknik ini, maklumat bentuk muka di perolehi dengan imbasan 3 dimensional ke atas imej. Ia akan mengenalpasti ‘distinctive feature’ pada permukaan wajah seperti ‘the contour of the eye sockets, nose, and chin’. Kelebihan teknik ini ialah penilaian tidak terjejas menerusi perubahan pencahayaan atau ia tetap berkesan walau dalam kekurangan cahaya. Wajah juga boleh dikenalpasti menerusi sudut-sudut yang sukar. Teknik tiga dimensional ini juga peka terhadap mimik muka dan reaksi wajah.
(3)  Teknik Tekstur Kulit – Ia merupakan teknik yang semakin digunapakai. Ia menggunakan visualisasi perincian kulit yang dirakamkan menerusi imej yang diimbas. Teknik ini akan menukarkan maklumat garis-garis kedutan, pattern dan titik-titik pada kulit kepada nilai matematik. Menerusi teknik ini, keberkesanan pengecaman ditingkatkan kepada 20 dan 25 peratus.
Penilaian terhadap imej Lelaki X dalam video seks yang dihantar ke Kolej yang merupakan top-notch Ivy League institution and among the most distinguished educational establishments in the world.
Dan seperti DNA Lelaki Y yang akhirnya disahkan secara saintifik adalah DNA milik Anwar Ibrahim, imej Lelaki X dalam video seks itu juga adalah imej Anwar Bin Ibrahim.
Keputusan ini tidak diharapkan mengubah pendirian penyokong-penyokong Dato’ Seri Anwar Ibrahim tetapi di dalam membahaskan sesuatu yang telah dibuktikan secara saintifik, hendaklah menggunakan akal yang waras. Jika benar wujud pelakon pornografi dari Thailand yang wajahnya serupa dengan Anwar Ibrahim, saya berharap pihak yang enggan menerima keputusan ini akan membawa lelaki tersebut ke hadapan-kickdefella
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
June 27, 2011 at 1:34 PM

tapi itulah yg lebih dipercayai oleh puak2 POrk nik..dari kata2 pakar....
mereka lebih suka menafikan kebenaran dari melihat bukti yg nyata....

Nak buek cno....dah termakan dgn kata2 setan sidaPIG dan anugerah tuhan...

wudi...

June 27, 2011 at 4:46 PM

mereka lagi pakar, baiii... pakar apa? hehehehe

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger