Home » » NURUL IZZAH CUBA MUSNAHKAN MALAYSIA - CUBA DOWNGRADE MALAYSIA

NURUL IZZAH CUBA MUSNAHKAN MALAYSIA - CUBA DOWNGRADE MALAYSIA

Written By LAILANATASHA on Sunday, June 26, 2011 | 10:35 PM


Pada 20 Jun 2011, Nurul Izzah Anwar menggesa kerajaan Malaysia meniru sistem pilihan raya di Turki yang disifatkan olehnya sebagai telus dan lebih baik daripada Malaysia. Penilaian Nurul Izzah dan Saifuddin Nasuiton adalah penilaian peribadi dan bersifat politik. Menurut kajian yang dilakukan oleh Economi Intelligence Unit, The Economist dalam Democracy Index 2010, kedudukan demokrasi di Malaysia adalah jauh lebih baik daripada Turki.

Malaysia berada pada kedudukan ke-71 berbanding Turki yang berada pada ranking ke-89. Penglibatan parti politik di Malaysia adalah lebih baik dengan markah 5.56 berbanding di Turki yang hanya mendapat 3.89. Malah dari segi budaya politik di Malaysia mendapat markah 6.25 berbanding Turki yang hanya 5 markah. Dari segi kebebasan awam, Malaysia mendapat markah lebih tinggi iaitu 5.88 berbanding 4.71 bagi Turki.



Perbandingan ini adalah dibuat oleh satu unit penyelidikan dan kajian bebas antarabangsa, tentunya ianya satu kajian yang lebih transparent berbanding penilaian Nurul Izzah dan Saifuddin Nasuiton. Malah Malaysia berada pada kedudukan yang lebih baik berbanding Singapura yang berada pada ranking ke-82. Berbanding tahun 2006, kedudukan Malaysia dari segi demokrasi naik 10 anak tangga pada tahun 2010. Norway, Iceland, Denmark, Sweeden dan New Zealand yang berada di kedudukan 5 teratas tidak memerlukan pun perhimpunan seperti BERSIH untuk meletakkan mereka pada kedudukan tersebut. Apa yang diperlukan adalah kerjasama daripada setiap rakyat untuk memastikan Malaysia lebih aman, makmur dan sejahtera.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger