Home » » Usaha Memurtadkan Melayu, Video Terakhir Pemeriksaan JAIS 3 Ogos DUMC

Usaha Memurtadkan Melayu, Video Terakhir Pemeriksaan JAIS 3 Ogos DUMC

Written By LAILANATASHA on Wednesday, August 24, 2011 | 12:38 PM





“Penganjuran “Thanksgiving Dinner” di dewan tersebut dengan melibatkan orang-orang Islam pada waktu berbuka puasa di bulan mulia Ramadhan menimbulkan pelbagai persoalan dan mendedahkan penganut agama Islam kepada upacara keagamaan bukan Islam di tempat bukan Islam.
“Peranan JAIS di dalam menjalankan pemeriksaan tersebut adalah mengikut lunas dan ruang lingkup peruntukan undang-undang yang sedia wujud dan telah dijalankan demi menjernihkan sebarang keresahan di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya penganut agama Islam sebagai majoriti penganut agama yang mempunyai kedudukan sebagai agama negara.
“PEMBELA menyakini keperluan untuk membantah kenyataan-kenyataan fitnah terhadap PPA JAIS kononnya telah berlaku “storm”, “raid” dan “barge” serta tindakan seumpamanya sedangkan pada hakikatnya PPA JAIS telah terlebih dahulu berunding dengan penganjur lebih sejam sebelum melaksanakan tujuan pemeriksaan, iaitu untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam di kalangan hadirin majlis tersebut serta tidak berlaku sebarang tindakan yang boleh mengakibatkan penghinaan terhadap agama Islam.
“PEMBELA menegaskan sekali lagi bahawa kedudukan Islam, seperti yang terpahat di dada sejarah dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negeri, adalah dikawal selia serta berada di bawah naungan Duli-duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan di negeri-negeri. Hakikat ini bukan sahaja perlu diterima semua pihak, tetapi batas-batasnya juga perlu sentiasa dicernakan dan dihormati di dalam kehidupan seharian masyarakat Malaysia”, kata Dr Yusri Mohamad, Pengerusi PEMBELA. Klik di sini dan sini
Jika sebelum ini propaganda dicanang untuk memfokuskan kepada JAIS, namun selepas kemunculan PEMBELA, umat Islam mula menumpukan pula kepada agenda Gereja Methodist Damansara (DUMC).
Ketika itu juga muncul beberapa kekeliruan, antaranya status Dream Centre adakah sebuah gereja DUMC atau sebuah pusat komuniti milik DUMC ?
Kemudian terbongkar perkara sebenar iaitu Dream Centre adalah sebuah gereja haram yang berselindung di sebalik topeng sebuah pusat komuniti masyarakat.
Namun perkara itu bukan persoalan pokok.
Persoalan Pokok
Persoalan utama adalah kenapa wujudnya 12 peserta Islam yang menghadiri program keagamaan Kristian itu ? Adakah wujud cubaaan memurtadkan umat Islam dalam program tersebut ?
Bermakna video berdurasi 6.26 minit oleh screwkuat69.blogspot.com di atas, dimuat turun bertujuan untuk merungkai persoalan pokok tersebut.
1. Segmen pertama – Video itu bermula dengan rakaman perjalanan sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya memasuki Hall 3, Dream Centre (milik DUMC), N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya, melakukan pemeriksaan terhadap satu program “Thanks Giving Dinner” yang disyaki terdapat peserta Muslim mengikuti program tersebut.
Pemeriksaan itu dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 iaitu ‘Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri”.
Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.
Rujuk minit 0.09 hingga 0.35
2. Segmen kedua – Rakaman ucapan seorang Muslim dalam bahasa Inggeris (testimoni) menceritakan tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam. Dipercayai lelaki yang yang sedang berucap itu telah murtad.
Ucapan lelaki murtad itu didengar oleh lebih kurang 80-100 orang peserta lain yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam seperti yang tertera di dalam kad pengenalan mereka.
Peserta-peserta berada di meja makan masing-masing, selain terdapat peserta yang berdiri dan membawa kanak-kanak.
Turut kelihatan juga beberapa alat muzik.
Rujuk minit 0.36 hingga 1.15.

Sophia @ Nadeane Binti Che Mohd Salleh dengan berpakaian tradisi Melayu dan bertudung hadir ke pejabat JAIS untuk memberi keterangan
3. Segmen ketiga – Soal jawab di antara penganjur yang memakai nama ‘Sophia’ dengan pihak JAIS.

Identiti sebenar “Sophia” seperti yang terkandung dalam kad pengenalannya adalah seorang Muslim bernama Nadeane Binti Che Mohd Salleh.
Pihak JAIS menerangkan tujuan kedatangan mereka, manakala Sophia yang menjadi jurucakap kepada program itu mempertikaikan pemeriksaan tersebut dengan mendakwa program itu diadakan di tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran peserta Melayu/Islam dalam program tersebut.
Rujuk minit 1.17 hingga 2.07
4. Segmen keempat – Penemuan bahan bukti berbentuk dokumen tentang tentatif program yang tercatat nyanyian yang menyelitkan kalimah Alhamdulillah dan Allahuakhbar dan soalan kuiz, ‘Let’s Test Your Knowledge’ berkenaan dengan perkara-perkara asas tentang Islam.
Ketika ditanya oleh pegawai JAIS kenapa dokumen itu mencatatkan kalimah Alhamdulillah dan Allahuakbar, Sophia kelihatan berhati-hati menjawabnya.
Sepanjang pemeriksaan itu Sophia bercakap dalam bahasa Inggeris dalam memberi jawapan-jawapannya.
Rujuk minit 2.09 hingga 3.05
5. Segmen kelima – pemeriksaan ke atas seorang lelaki yang dipercayai Melayu berdasarkan raut wajahnya dan pakaiannya.
Ketika pegawai JAIS mengajukan soalan “adakah terdapat Muslim dalam program itu”, lelaki itu cuba menjawab tetapi dicelah oleh Sophia dalam bahasa Inggeris dan disambut oleh seorang wanita (dipercayai Cina) yang menerangkan tentang program tersebut.
“Ini program muhibah, nyanyi lagu-lagu..saya rasa tak ada Muslim lah, semua Kristian”, kata wanita itu.
“Betul kah ?” soal pegawai JAIS
“Ya. Semua Kristian”, jawabnya.
“Kalau ada Muslim macam mana, you boleh bagi jaminan ?”, soal pegawai JAIS
“Saya tak boleh bagitahu, sebab saya pun tak kenal mereka”, jawabnya.
“You kata tak kenal, tetapi you kata you yang jemput (peserta) ? soal pegawai JAIS.
“Bukan saya yang jemput, tapi saya nak jelaskan, saya yang…” kata wanita itu dan dicelah oleh Sophia yang sekian lama mendiamkan diri supaya wanita itu tidak meneruskan penjelasannya.
“Saya kenal mereka..mereka semua tetamu saya”, kata Sophia dalam bahasa Inggeris.
Rujuk minit 3.06 – 4.13
Berdasarkan kelima-lima segmen itu terdapat banyak keraguan dan jawapan-jawapan kabur yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi pada awalnya penganjur menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah “Thanks Giving Dinner” yang jelas berunsurkan Kristian?
Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?
Mengapa bunga manggar diletakkan di pintu masuk dewan?
Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?
Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?
Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?
Mengapa kertas soalan kuiz tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan tersebut ?
Hasil pemeriksaan didapati seramai 12 individu beragama Islam seperti mana yang tercatat dalam kad pengenalannya berada di dalam dewan tersebut.
Mereka adalah Nadeane Binti Che Mohd Salleh, Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah, Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir, Ade Andrian Putra Bin Mahadzir, Nea Reima Mareana Binti Mahadzir, Rasyidah Binti Razak, Nur Umrah Binti Razak, Mohd Haslan Bin Bob Hasnan, Faridah Binti Abdul Rahman, Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood, Faridah Binti Abdul Latep dan Sahrunida Binti Asaad.
Persoalan pokoknya, apakah program sebenar yang sedang dihadiri oleh 12 individu Muslim dalam acara keagamaan Kristian anjuran sebuah gereja itu ?



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger