Home » » PAKATAN SIBUK PERJUANGKAN SEKS SONGSANG APA AGENDA SEBENARNYA KERANA HAKIKATNYA SEKSUALITY MERDEKA WAJIB DITOLAK

PAKATAN SIBUK PERJUANGKAN SEKS SONGSANG APA AGENDA SEBENARNYA KERANA HAKIKATNYA SEKSUALITY MERDEKA WAJIB DITOLAK

Written By LAILANATASHA on Tuesday, November 22, 2011 | 12:38 PM



Janganlah kerana faktor mahu menghormati hak mereka berasaskan slogan hak asasi manusia, maka amalan yang bercanggah dengan agama dan budaya tempatan seperti Seksualiti Merdeka perlu diterima dalam masyarakat kita, kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lamannya, chedet.cc.

 
“Sementara kita akui ada manusia yang jantina mereka tidak jelas, janganlah kerana ingin tidak memencilkan mereka, kita terima amalan Seksualiti Merdeka atau Free Seks dalam masyarakat kita.
“Amalan ini bukan sahaja berdosa tetapi akan runtuhkan masyarakat kita”, katanya.

 
Menurutnya yang menjadi masalah dalam kes Seksualiti Merdeka adalah mereka yang tidak ada apa-apa kecacatan dari segi orientasi seks (bukan LGBT) tetapi mereka pula menjadi juara menuntut larangan agama dan undang-undang terhadap perbuatan seks di luar tabii seperti meliwat dihalalkan.

 
Katanya dalam menafsir pengertian demokrasi yang berkait rapat dengan konsep kebabasan (freedom) dan hak asasi manusia apa yang dilakukan di Barat tidak semestinya sesuai dipratikkan di Malaysia
“Kita banyak terpengaruh dan menerima pendapat dan nilai hidup serta adat resam Barat. Kita hidup dalam dunia yang berpusat kepada Eropah (Eurocentric). Kita terima sistem pemerintahan demokrasi umpamanya.
“Tetapi perlukah kita turut dan terima segala-galanya yang dilakukan di Barat? Sebenarnya budaya dan nilai hidup Barat sudah runtuh, runtuh kerana terlangsung taksub dengan kebebasan (freedom). Apa sahaja yang hendak dilakukan oleh seseorang individu tidak boleh dilarang kerana larangan bermakna menidakkan hak asasi individu atau kumpulan”

 
Katanya di Barat gerakan mendaulatkan kebebasan (freedom), sudah sampai ke peringkat menuntut hak yang sama dalam perkahwinan sejenis.
“Dari sini tuntutan diteruskan untuk bukan sahaja dihalalkan seks songsang tetapi juga perkahwinan sejenis, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Akhirnya perlakuan seks dibebaskan di Barat sehingga apa sahaja diterima oleh masyarakat sebagai hak seseorang manusia.
“Anak perempuan dan anak lelaki belasan tahun pun boleh tidur dengan siapa sahaja, melakukan apa jenis seks sesuka hati mereka. Tidak ada lagi anak dara atau teruna semasa berkahwin”
Menurutnya, larangan agama terhadap budaya songsang itu mempunyai sebab-sebab tersendiri yang mungkin tidak diketahui manusia.
“Mungkin kita tidak kenal atau tahu sebabnya. Tetapi kita harus ingat penyakit HIV Aids dahulu tidak ada. Ia mula dikenali dikalangan mereka yang mengamalkan seks songsang di California, Amerika Syarikat, secara pilihan walaupun tidak ada kecacatan apa-apa.
“Sehingga kini tidak ada ubat yang boleh menyembuh penyakit HIV Aids. Mereka yang mengidap penyakit ini bukan sahaja akan musnahkan diri sendiri tetapi juga isteri, suami dan anak cucu. Mereka tidak akan hidup sempurna”
Ketaksuban memuja kebebasan nafsu manusia tanpa kawalan agama dan undang-undang akan meruntuhkan ketamadunan manusia.
“Manusia yang bertamadun tidak menurut nafsu semata-mata. Budaya Barat menggalakkan manusia mengikut nafsu. Kebebasan bagi mereka bermakna apa sahaja yang didorong oleh nafsu tidak boleh ditegah oleh agama atau undang-undang manusia.
“Sifat ini adalah sifat haiwan. Manusia memiliki akal fikiran. Orang yang bertamadun menggunakan akal fikiran untuk menghalang diri dari terikut-ikut dengan nafsu. Sebabnya nafsu perlu dibendung ialah sesuatu yang tidak baik akan menimpa mereka yang mengikut nafsu.
“Tamadun yang utamakan nafsu akan runtuh akhirnya”
Katanya, keruntuhan ketamadunan manusia berpunca dari runtuhnya institusi keluarga.

 
“Kita sedang melihat keruntuhan akhlak dalam masyarakat Barat. Sementara agama mereka melarang seks songsang, paderi mereka secara terbuka mengamalkan seks songsang (sedangkan) Mereka ditugaskan untuk mengahwini sepasang lelaki dan perempuan.
“Sesungguhnya institusi perkahwinan dan kekeluargaan sudah luput dalam masyarakat Barat. Ramai daripada mereka tidak tahu siapa bapa mereka. Kemungkinan besar akan berlaku perkahwinan atau hubungan seks antara adik dengan abang, kakak dengan adik, bapa dengan anak, anak dengan ibu.
“Mereka yang taksub dengan kebebasan akan berkata apa salahnya jika ini berlaku. Percayalah, masyarakat selepas ini akan dipenuhi dengan manusia yang cacat tubuh-badan, cacat akal fikiran dan besar kemungkinan aneka jenis penyakit baru akan menyerang masyarakat itu”.aidc
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
December 10, 2011 at 11:39 PM

x mati kot blogger ni..sebok sal misi selamatkn negara, smpai agama pon d permainkn..hudud tu hukum Allah..termaktub dlm al-Quran..x bace Quran ke..??knpa smpai mcm tu skali, org melayu konon Islam bley samakan seks songsang+seks bebas dgn hudud..melampau betollll !!!!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger