Home » » SELANGOR !! ISU SAMPAH YANG GAGAL DITANGANI BUKTI KETIDAKMAMPUAN PAKATAN MEMERINTAH

SELANGOR !! ISU SAMPAH YANG GAGAL DITANGANI BUKTI KETIDAKMAMPUAN PAKATAN MEMERINTAH

Written By LAILANATASHA on Friday, January 27, 2012 | 1:54 AM


Bila kita bercakap mengenai masalah sampah di sesebuah negeri itu, apakah pandangan yang terlintas dibenak fikiran kita? Adakah sampah merupakan isu yang amat penting ataupun ianya menjadi ukuran keberkesanan pemerintahan di sesebuah negeri itu?

 
Kita tidak mampu nafikan bahawa sampah bukanlah isu yang paling penting di sesebuah negeri. Namun apabila sesebuah negeri itu gagal menangani isu yang sebegini kecil maka dunia akan dapat melihat betapa ketidakmampuan mereka memerintah sesebuah negeri.

Semasa pemerintahan Barisan Nasional di Selangor, kita dapat lihat betapa megahnya Selangor sebagai sebuah negeri yang amat maju. Dengan kemakmuran yang dikecapi pada zaman pemerintahan Barisan Nasianol pernahkan masalah sampah ini wujud? Jawapannya tidak kerana Kerajaan Barisan Nasional sentiasa tahu meletakkan kepentingan sesuatu perkara di tempatnya.




 

Apabila Pakatan memerintah Selangor, perkara yang amat tidak masuk akal berlaku dimana-mana. Perkara yang amat mudah ditangani dan amat teratur pada masa pemerintahan Barisan Nasional menjadi isu yang amat susah ditangani oleh pemerintahan Pakatan.


 
"Exco Kerajaan Selangor, Kajian dan Penyelidikan Ronnie menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kontraktor yang dilantik oleh setiap PBT tidak menjalankan kutipan sampah dengan konsisten sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk. Jelasnya, setiap kontraktor yang dilantik menjalankan kerja kutipan sampah secara teratur iaitu tiga kali seminggu di setiap kawasan perumahan, empat kali seminggu di kawasan komersial dan setiap hari di kawasan pangsapuri kos rendah."

Sebenarnya kebenaran tak mampu disangkal dengan pembohongan apabila bukti yang nyata berada di depan mata.




Sampah telah menjadi isu hangat di Selangor akibat dari pemerintahan Pakatan yang terlalu pincang dari semua segi. Kita boleh lihat dengan amat jelas bahawa Pakatan sememangnya tidak mampu memerintah Selangor.


Esok kita akan kupas dengan lebih lanjut...
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger