Pemerintahan Pakatan di Selangor amat mengecewakan dan tidak berwibawa. Kegemilangan yang telah dibawa oleh Barisan Nasional untuk Selangor hancur dalam sekelip mata. Dana yang terkumpul hasil dari pemerintahan Barisan Nasional yang cekap dihabiskan oleh sistem pemerintahan Pakatan yang begitu lemah dan pelahap sekali sehinggakan mereka terpaksa membuat langkah yang amat drastik seperti menukar padang Kompleks Sukan Perbadanan Kemajuan Selangor Kelana Jaya(PKNS) kepada Pangsapuri dan Kompleks Perniagaan.
Pembangunan ini dirancang oleh PKNS dan developer Melati Ehsan. PKNS sekarang sedang memohon untuk membangunkan tujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat. Cuba kita bayangkan, bangunan tinggi ini dibina dikawasan yang dikelilingi perumahan teres 2 tingkat terancang, bersebelahan pula dengan LDP yang setiap hari sesak. Rakyat yang menanggung derita manakala Pakatan mengaut keuntungan untuk poket mereka sendiri.
Kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP begitu sinonim dengan istilah “menghabiskan harta rampasan perang”. Harta kekayaan negeri Selangor akan dihabiskan secepat mungkin.
Padang yang telah berusia lebih 30 tahun ini menjadi tumpuan orang ramai yang menjadikan ia sebagai pusat rekreasi dan sukan oleh penduduk setempat. Skuad bolasepak negeri Selangor juga menyimpan seribu kenangan di padang yang menjadi kebanggaan mereka ini. Semua ini bakal jadi nostalgia hasil kerakusan Pakatan di bumi Selangor.
PKNS dibawah kerajaan Barisan Nasional berfungsi untuk menjaga kepentingan rakyat bertukar menjadi pemusnah impian murni dibawah pemerintahan Pakatan yang bertunjangkan perjuangan DAP.
Mari kita imbas kembali bagaimana Asrama Tun Dr. Ismail dan Toh Puan Norasyikin milik Yayasan Selangor yang dirobohkan walaupun mendapat tentangan dari pelbagai pihak termasuk ibubapa pelajar. Ia dirobohkan kerana asrama ini terletak di kawasan yang mempunyai harga hartanah yang tinggi, Jelas di sini kerajaan Pakatan tidak pernah peduli kepentingan rakyat. Bagi mereka, apa yang paling penting adalah keuntungan yang diraih untuk periuk nasi sendiri.
Pakatan boleh janjikan bulan bintang matahari kerana sesungguhnya mereka tidak pernah mempunyai niat untuk mengotakan janji palsu mereka itu. Pilihan yang bijak amat penting kerana kita tidak mampu memperjudikan nasib anak bangsa kita. Demi bangsa, agama dan Negara.
Post a Comment